Pengalaman bergambar di Sky Box Menara KL, beli tiket combo untuk Skydeck dan Observation deck

Assalamualaikum. Hari-hari menghitung hari untuk merentas negeri. Rindu pada mak dan abah di kampung. Kami yang duduk di Selangor nie dah 10 bulan duduk dalam Selangor, paling-paling nak pergi jalan pun ke Kuala Lumpur, lepas tu masuk Selangor semula. Lama peram cerita ini, mana taknya lepas seminggu kami pergi Menara KL, dah bulan puasa terus PKP 3.0. Jadinya kalau update pergi jalan-jalan pun mungkin tak de siapa nak baca.


Pengalaman bergambar di Sky Box Menara KL,  beli tiket combo untuk skydeck dan observation deck | I'M BACK kawan-kawan. Kita nak story lah pengalaman bawa anak-anak naik Menara Kuala Lumpur. Sibuk sangat berangan kalau dapat pergi Korea nak naik Namsan Tower, padahal Menara KL yang nampak dari rumah pun kita tak naik-naik lagi. Jadinya, kita realiti tu apa yang ada di depan mata. Thaqif dan Huwainaa pun selalu tanya bila nak pergi Menara KL.


Malu la kita yang duduk berulang alik Selangor, KL nie tak tahu apa yang ada kat sekitar Menara KL. Bila datang baru kutahu, selain Menara KL yang tersergam indah, ada tarikan menarik lain seperti Mini Zoo, Upside Down House, Blue Coral Aquarium dan KL Forest Eco Park.



Pagi 10 April kami dah terpacak kat depan Menara KL. Kiranya minggu terakhir sebelum umat islam menjalani ibadah puasa. Memang confirm2 la ramai yang nak bawa nak keluar makan angin. Jadinya kami ambil peluang juga. Bila sampai memang ramai orang. Mujur waktu nie beratur untuk scan dan beli tiket tak ramai pengunjung lagi. Selesai beli tiket, dorang akan bagi pengunjung masuk batch by batch. Batch kami jam 11 pagi. 

Beli tiket kombo terus untuk skydeck dan observation deck. Setiap deck dorang peruntukkan dalam 1 jam lebih macam tu. Tak ingat dah sebab lama dah kami pergi nie. Jadi okay la nak tengok pemandangan KL kan sambil-sambil bergambar di Sky Box.





Naik atas sekali memang best sebab dapat tengok view Kuala Lumpur. Pusing-pusing lepas tu yang jadi lamanya kat atas skydeck bila nak bergambar dalam Sky Box. Tempat wajib la kalau naik Menara KL nie. Ada 2 Sky Box, satu berlatar belakangkan KLCC, satu lagi hanya pemandangan KL. Kalau mampu nak beratur, ambil gambar dua-dua box. Itu yang Fiza buat pun. 

Sky Box 1

Sky Box 2

Cuba tengok bawah

Gelagat anak2 bila dapat naik Menara KL

Tengah hari, panas tak yah cakap la kan sebab duduk pun tempat tinggi. Mujur ada Skycafe. Lepak sekejap sambil pekena ais krim, memang best. Oh ya, harga pun boleh tahan juga tau. Biasalah bila duduk atas awan nie.




Sebelum turun ke Observation deck, kami beli gambar dulu. Kat sini dorang ada photographer yang ambil gambar untuk kita. Faham-faham jela kan. Dorang print, masuk dalam frame macam tu, kalau nak kita bayar, kalau tak nak abaikan. Ramai yang tak nak sebab harga, tapi kami ambil sebab kenangan. 


Tiba di Obersvation Deck, rasa nyaman je sebab kat atas tadi memang panas, masuk sini ber aircond. Memang selesa betul. Lega bila boleh lepas kan anak berlari kat sini. Kat atas tadi memang terlalu ramai pengunjung. Risau tinggi satu hal. Lupa pula nk bagitahu, ada rasa gayat tak? Jawapannya Fiza tak gayat.



Beli jam couple KL tower sebagai kenangan, husband punya besar sikit

Kebetulan jumpa geng husband juga


Kalau nak tahu harga tiket Menara KL, boleh terus kat website KL Tower, sebab harganya berubah-ubah dan ada macam-macam pakej lagi. Nanti Fiza share lagi pengalaman sepanjang berada di sini. Kami makan kat mana, lepas tu kami sempat ke zoo dan juga aquarium. Anak-anak la minta nak masuk. Jadi layan jelakan alang-alang dah sampai sini.

Terima kasih sebab sudi baca, tunggu next update yer.

Wassalam.
 

Post a Comment

0 Comments