10 Manfaat dan Kebaikan Minyak Kelapa Dara D'AURA AVCO

Assalamualaikum. Kalau sentuh bab minyak kelapa dara nie kebanyakkan daripada kita memang tahu mengenainya. Dan ramai juga yang menggunakan minyak kelapa dara ini sebenarnya. Fiza mula menggunakan minyak kelapa dara sewaktu mengandungkan anak pertama. Bukan apa, minyak kelapa dara elok untuk disapu pada perut untuk kurangkan stretchmarks dan juga mengatasi gatal-gatal perut sewaktu mengandung.




10 Manfaat dan Kebaikan Minyak Kelapa Dara D'AURA AVCO  | Dalam banyak-banyak keluaran minyak kelapa dara, Fiza suka sangat menggunakan minyak kelapa dara D'AURA AVCO. D’aura Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya, kaya antioksida dan juga Vitamin E. 

AVCO boleh digunakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Terlalu banyak kebaikan yang terkandung dalam AVCO bagi yang tidak tahu. Baiklah Fiza akan senaraikan 10 kegunaan Minyak Kelapa Dara untuk kecantikan.


Bauan Floral Fresh


10 kegunaan Minyak Kelapa Dara AVCO untuk kecantikan

1. Membantu melembabkan kulit
2. Membantu melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
3. Membantu menghilangkan parut jerawat, garisan halus pada wajah.
4. Boleh digunakan sebagai make up remover
5. Membantu menyihatkan rambut dan mudah disikat
6. Membantu mengecilkan liang pori di wajah
7. Boleh digunakan sebagai pelembap bibir (lip balm)
8. Boleh digunakan sebagai hand losyen
9. Membantu mengurangkan strechmark bagi wanita yang hamil.
10. Boleh digunakan sebagai minyak urut




Manfaat menggunakan AVCO pada rambut khusus untuk wanita

Masalah rambut gugur kerap terjadi pada golongan wanita khususnya. Kalau nak bercerita pasal rambut gugur, memang tidak habis. Antara inisiatif dalam membantu mengurangkan keguguran rambut adalah dengan mengamalkan sapuan AVCO. Nak tahu manfaat AVCO pada kulit kepala dan rambut? Okay meh nak share 5 manfaat AVCO untuk rambut wanita.



1. Membantu menjadikan kulit kepala lebih sihat

Gunakan selepas mandi, urutkan AVCO pada kulit kepala secara perlahan-lahan. Sebab salah satu punca keguguran rambut berpunca dari kulit kepala.

2. Rambut jadi lebih halus dan juga lembut

Masalah dengan rambut kering bukan hanya rambut yang kekurangan tahap kelembapan. Tetapi lebih sukar bila rambut kusut. Sekiranya kita rajin menggunakan minyak kelapa, rambut akan lebih lembut dan licin.

3. Membantu mengatasi masalah kelumumur

Minyak kelapa juga mempunyai sifat anti-mikroba dan anti-fungal. Oleh itu, jika kita mempunyai masalah kelemumur yang sukar untuk disingkirkan, tidak ada salahnya menggunakan minyak kelapa.

4. Mampu menggalakkan pertumbuhan rambut

Memang tidak semua wanita dilahirkan dengan jenis rambut tebal. Bagi korang yang mempunyai rambut nipis, boleh mencuba banyak rawatan untuk menjadikan rambut anda lebih tebal. Untuk bahan semula jadi, selain lidah buaya, minyak kelapa yang dikatakan bermanfaat untuk menumbuhkan rambut dengan berkesan.

5. Mencegah kerosakan rambut

Apabila rambut rosak, ia lebih mudah putus dan tidak sihat. Sapukan minyak kelapa secara berkala pada rambut dan kulit kepala. Salah satu bahan dalam bentuk asid lemak dan protein dapat meningkatkan kekuatan rambut dari akar sehingga melindungi dari kerosakan.


Tips penyimpanan AVCO

AVCO boleh membeku kalau ia disimpan bawah suhu 23°C. Untuk menjadikan ia ke bentuk cecair yang asal, hanya letakkan di suhu bilik atau rendamkan botol dalam air suam.


Botolnya yang kecil dan bersaiz ringan memang mudah untuk dibawa ke mana-mana. Terdapat dalam dua pilihan flavor iaitu Floral Fresh dan Morning Dew. Lagi satu baunya lembut dan sedap.



Kebaikan AVCO adalah ia sesuai digunakan seisi keluarga. Terdiri daripada 99% minyak kelapa dara asli berkualiti tinggi, dihasilkan di kilang D Aura di Malaysia dan hanya 1% haruman 100% semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan.

Untuk info lanjut dan pembelian, boleh layari:


Wassalam.

Post a comment

11 Comments

  1. Best guna avco ni, IQ pun da try.

    ReplyDelete
  2. owhhh banyak rupanya kegunaannya yerkk

    ReplyDelete
  3. Memang banyak kan khasiat AVCO ni, sebab tu kita pun suka guna.

    ReplyDelete
  4. suke suke suke. ray suke bila jumpe produk berkaitan kelapa ni sbb mmg banyak khasiat dye.

    oh btw feel free utk join and meriahkan my giveaway here
    https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  5. Minyak berasaskan vco mmg bagus. Ena suka sapu kt baby. Kulit bersih

    ReplyDelete
  6. Kak nina pun guna AVCO sekarang ni as double cleansing dan make up remover. Pastu as lip moisturizer. Best! Muka semakin lembut dan moist jer...

    ReplyDelete
  7. VCO mmg dah lama dah terbukti berkesan... Sally dulu-dulu je pernah guna... Tp yg jenama ni baru je first time dgr, tp dgr kata mmg dah lama and well known kan...

    ReplyDelete
  8. Suka dengan AVCO ni.. Sati botol boleh pakai seluruh badan..

    ReplyDelete
  9. I tried this AVCO also and like the scent plus its benefits also.

    ReplyDelete
  10. yanie guna AVCO untuk rambut.. serius bagus untuk kurangkan rambut gugur.

    ReplyDelete