Sepetang bersama Founder The Beauty Expert Academy Spa Cheras Aesthetic Spa No. 1 Tanpa Injection

Assalamualaikum. Rasa gembira dan teruja apabila dapat menghadiri Majlis Hi-tea dengan Media Blogger anjuran The Beauty Expert Academy Spa Cheras baru-baru ini. Majlis yang berlangsung pada 9 Februari 2020 dan bertempat di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, telah dimeriahkan dengan kehadiran blogger yang rata-rata dengan niche blog kecantikan.



Sepetang bersama Founder The Beauty Expert Academy Spa Cheras Aesthetic Spa No. 1 Tanpa Injection  | Untuk kali pertama, Spa kecantikan muka dan badan, The Beauty Expert Academy Spa Cheras telah menganjurkan sesi minum petang bersama media bloggers. Tujuan penganjuran pertama kali ini adalah untuk pihak Spa menyebarkan lagi servis dan perkhidmatan yang disediakan di sini. Ini juga merupakan kunjungan kali kedua Fiza yang mana Fiza pernah mendapatkan perawatan wajah di sini. 


Sejarah ringkas The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Kami beruntung sangat kerana dapat bertemu dan berkenalan dengan Founder secara dekat . Beliau adalah Puan Mastura binti Idris yang berasal dari Kerteh Terengganu,  merupakan pemilik spa kecantikan The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Spa ini beroperasi sejak tahun 2012 dan beliau merupakan seorang Pegawai VTO. 



Untuk pengetahuan korang, Pegawai VTO ialah pegawai yang menjadi Tenaga Pengajar dan ia diiktiraf bagi mengendalikan kursus-kursus di bawah Sijil Kemahiran Malaysia. Dengan status tersebut, mana-mana individu yang hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran, terutamanya Aesthetic dan Spa Theraphy, boleh datang ke The Beauty Expert Academy untuk latihan penuh secara teori atau praktikal. Beliau akan mengendalikan kursus ini secara penuh dengan sendirinya. 

Satu perkara yang Fiza sangat kagum adalah Pn. Mastura atau beliau menggelarkan dirinya sebagai Mas, merupakan usahawan muda yang boleh dikatakan agak berjaya ketika ini. Pada usia muda beliau sudah mampu untuk membuka pusat rawatan kecantikan dan Spa dan pada masa yang sama menjadi tenaga pengajar di akademi tersebut.

Servis yang disediakan di The Beauty Expert Academy Spa antaranya adalah servis Aesthetic dan Traditional spa. Aesthetic adalah servis perawatan dan penjagaan muka yang mana mereka menggunakan teknologi terkini dalam perawatan muka. Traditional Spa lebih kepada terapi badan, kaki dan tangan yang mana servisnya terdiri daripada mandian bunga, mandian auram skrub dan mask badan.




The Beauty Expert Academy Spa merupakan Aesthetic Spa No. 1 tanpa Injection dengan kata lain Spa ini tidak menggunakan sebarang injection. Walau bagaimanapun hasil rawatan muka di sini setanding dengan hasil injection malah lebih baik.

Majlis Hi-tea dengan Media Blogger

Sesi yang bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai aktiviti yang telah mereka sediakan. Antaranya sesi ucapan oleh Founder sendiri, sesi perkongsian produk dan tips kecantikan. Ada juga fun games yang kami main seperti Whisper Challenge dan Chubby Challenge.

Majlis juga diwarnai dengan aktiviti memotong kek dan mengambil gambar secara group photo. Selain itu ada juga sesi Hand on Session di mana ia adalah Hand Theraphy Tutorial yang kami laksanakan secara berpasangan.










Servis popular di The Beauty Expert Academy Spa Cheras iaitu Sulam Bedak Kristal, Placentex dan BIO-Dermagun.

Antara servis yang mendapat permintaan tinggi di sini adalah seperti  Sulam Bedak Kristal, Phyto-White, BIO-Dermagun, Placentex, Micronano Oxygen, Boost Uplifting, Lift Up eye treatment, Fat busting treatment dan Hot Detox Blanket. Servis lain yang turut disediakan adalah seperti facial treatment, body treatment, postnatal service, bridal spa package, mandian badan dan juga foot treatment. Servis popular di The Beauty Expert Academy Spa Cheras adalah Sulam Bedak Kristal, Placentex dan BIO-Dermagun. Info ringkas dan cara perawatan untuk 3 servis popular ada di bawah.

Sulam Bedak



Rawatan Sulam Bedak sebenanrnya mampu membuatkan kulit wajah nampak lebih cerah dan sekata dengan serta merta selepas rawatan. Kesan Sulam Bedak yang semi-kekal ini mampu bertahan selama 2 hingga 3 bulan. Sulam bedak yang dijalankan tidak menggunakan sebarang kaedah injection sebaliknya permukaan kulit wajah akan dipolish secara halus tanpa menyakitkan dan tiada melibatkan pendarahan.

BIO-Dermagun


Rawatan ini melibatkan Crystal Tytanium transdermal yang tidak menyakitkan dari Asid Hyaluronik, vitamin, enzim, dan Asid Amino. Kesemua bahan ini diresapkan ke dalam kulit bagi memastikan sel kulit terhidrat dan dipelihara di samping memelihara tona dan keanjalan kulit muka.


Placentex


Rawatan yang menggunakan DNA SALMON untuk merawat sehingga ke akar umbi kulit wajah serta membaikpuloh sel kulit yang rosak dan tidak sihat.

Sulam Bedak Kristal

Proses sulam bedak menggunakan MTS (Micro Needle Theraphy System) dengan menggunakan serum khas 100% organic skin colour ampoules (Original). Proses ini memakan masa 1-2 jam.

Kemudian diikuti dengan penggunaan serum Mesowhite yang merupakan serum organik original tanpa paraben, alkohol, pewarna dan pewangi.

Kesan pemulihan dari serum ini adalah secara semulajadi kerana kandungan serum adalah terdiri daripada bungan Narcissus organic dan ekstrak biji bunga Brassica Napus khas dari New Zealand.

Penggunaan Double Stem Cell untuk merawat kulit yang luka atau epidermis yang rosak.

Essential oil Relaxing digunakan bagi meredakan  sel-sel kulit dan rawatan sulam bedak ini 100% berbeza dengan sulam bedak lain. Proses diakhiri dengan sapuan bird nest yang mana ia membantu mengaktifkan sel kulit dengan natural dan kulit akan nampak lebih cerah dan sihat.

Kelebihan Sulam Bedak Kristal:
  • Meneutralkan radikal bebas
  • Memudarkan pigmentasi kulit, bintik hitam, bekas parut jerawat dsb.
  • Mengurangkan kandungan melanin dalam kulit sebelum atau selepas pancaran UV
  • Mengembalikan warna kulit
  • Mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata
  • Tidak menutup pori-pori kulit seperti memakai foundation atau BB Cream.
Rawatan ini tidak sakit, tiada kesan kemerahan, tiada 'downtime', dan hasilnya boleh terus kelihatan sejurus selepas rawatan.



Produk penjagaan muka Royal Q Asia

Produk penjagaan muka Royal Q Asia terdiri daripada 10 produk iaitu 
1. Secret Hydra Cleanser 2 in 1
2. Facial Nanomist
3. Oxy Foundation HD
4. Beauty Soft Dolly Scrub
5. Oxy Dolly Liquid Foundation
6. Beauty Cream Mask Pearl
7. Aqua Oxy Gel Hydra Active
8. Secret of Crystal Night Cream
9. Secret of Crystal Eye Cream


Dua produk penjagaan muka ROYALQ ASIA pelanggan pasti akan wajib grab selepas rawatan adalah Diamond Dolly Booster Essence dan Liquid Foundation Sunblock SPF60



The Beauty Expert Academy Spa Cheras adalah merupakan Spa terbaik di Cheras dan Aesthetic Spa terbaik di Kuala Lumpur.  Bagi pelanggan yang berminat, diskaun sebanyak 65% akan diberikan kepada pelanggan yang pertama kali berkunjung ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras bermula 9 Februari 2020. Bengkel dan Kelas kecantikan juga turut diadakan. 

Untuk maklumat lanjut dan kempen terkini, layari

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui :
emel : spacheras1988@gmail.com
Tel : 03-95467094 / 013-2576447
Alamat : The Beauty Expert Academy Spa Cheras, No. 14B, Jalan Suadamai 1/2, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, KL

Post a comment

3 Comments