Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Assalamualaikum. Hari ini hari terakhir Fiza untuk datang ke pejabat. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 akan bermula esok 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Bila Perdana Menteri umumkan mengenai berita ini, terasa sedih dan sebak sangat dengan apa yang berlaku pada dunia.

Betapa besarnya kuasa Allah. Saban hari kes Covid-19 meningkat setiap hari di Malaysia. Oleh yang demikian, kita yang ada ini berusahalah untuk menyekat penularan wabak ini dengan mengehadkan pergerakan. Kalau tiada urusan di luar rumah, tak perlulah keluar. 



Bersamalah kita membendung penularan wabak Covid-19. Sama-samalah kita berdoa ianya berakhir dengan cepat. 

Wassalam.

Post a comment

2 Comments