Resipi sagu gula melaka tanpa santan

Assalamualaikum. Sempena Restricted Movement Order (RMO) yang bermula hari ini, Fiza nak belanja hidangan pencuci mulut kegemaran ramai iaitu resipi sagu gula melaka tanpa santan. Tak susah pun nak buat tau. Memang sedap makan waktu tengah hari, cuaca panas.


Bahan-bahan

- Susu cair
- Sagu
- Gula melaka
- Rose sirap/pewarna hijau
- Daun pandan

Cara-cara

Penyediaan Air Gula

1. Hancurkan gula melaka dan masukkan air.

2. Masak dengan daun pandan
3. Kacau dengan api sederhana, air jangan banyak. Tambahkan gula pasir sedikit nak bagi likat.
4. Biarkan sejuk dalam suhu bilik.

Penyediaan Sagu
1. Rebus sagu dalam periuk dengan air paras rendaman sagu. 
2. Sediakan extra air suam dan kacau sagu sampai hilang warna putih sagu.
3. Asingkan siap-siap sagu yang masak sekiranya inginkan warna selain merah dan hijau.
4. Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas lain

Untuk hidangan dalam cawan

1. Tuangkan gula merah. Ikut manis.
2. Masukkan sagu
3. Tuang susu cair
4. Masukkan dalam peti sejuk.
5. Siap




Makan satu cawan pun tak cukup. Memang favorite sangat sagu gula melaka nie. Jadinya, kalau korang nak buat kat rumah pun memang mudah sangat. Selamat mencuba.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. fav ni...ingt nk buat juga tp sagu tkde plak

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ni makan sejuk2 di musim panas ­čśü

    ReplyDelete