Find us on Facebook

Sambutan Birthday Huwainaa Tema Pony yang simple

Assalamualaikum. Banyak sangat entry yang pending, Fiza cuba untuk update satu per satu. Setiap hari Fiza akan update bagi ringan sedikit memori kat kepala nie. Haha.. Birthday Huwainaa yang kedua kami buat secara sederhana pada awal bulan Januari 2020. Huwainaa sebenarnya baby Disember. Sambutan agak lewat sedikit tapi mama tetap nk buat juga untuk puteri kesayangan.


Sambutan Birthday Huwainaa Tema Pony yang simple | Tahun lepas dah buat tema hello kitty. Untuk sambutan kedua tahun mama buatkan tema Pony pula. Kebetulan hiasan dan kek pun senang nak cari kalau tema pony nie.

Kek Pony untuk Huwainaa
Macam biasa Abg Thaqif yang terlebih eksited
Belum tiup lilin Huwainaa dah rasa kek dulu
Sambutan kami berempat saje
Dua-dua nak dedi dukung
Dorang suka patung pony tu dari kek
Mama sapu krim kat hidung Huwainaa
Masa untuk makan kek
Memang simple dan sambutan ini untuk kami berempat sahaja. Cukup untuk kenangan Huwainaa. Pejam celik Huwainaa sudah berumur 2 tahun. Ada perkataan yang Huwainaa boleh cakap dan walaupun mama kadang-kadang tak faham apa yang Huwainaa cakap tapi Abang Thaqif faham. 

Selamat Hari Jadi buat puteri kesayangan Huwainaa Khayra yang ke-2 tahun. Semoga Huwainaa membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah dan gembira selalu. Mama sentiasa doakan setiap anak mama berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. meriah walaupun berempat..:)

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Huwainaa Khayra.

    ReplyDelete
  3. Wahhh comelnya birthday cake Huwainaa! Happy belated birthday Huwainaa, semoga kuat & sihat membesar ye

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. selamat hari lahir huwainaa. anak2 saya pun suka tema pony jugak ^_^

    ReplyDelete