HAYAKI The Curve ada pelbagai menu masakan pantai timur

Assalamualaikum. Hujung bulan Disember Tahun lepas memang banyak Fiza habiskan masa berjalan-jalan dengan famili mak dan adik. Kebetulan adik Fiza hendak ke IKEA Damansara, jadinya kami menaiki MRT di stesen Sg. Buloh dan turun di Stesen MRT Mutiara Damansara.

Bila sampai, kami terus melalui The Curve dan singgah dulu makan di Restoran Pantai Timur, nama Hayaki. Mula-mula ingatkan restoran Jepun. Tapi tengok dalam restoran ramai melayu. Kebetulan pula waktu makan tengah hari. Kami pun masuk nak tengok menu. 


HAYAKI The Curve ada pelbagai menu masakan pantai timur | Senang nak buat pesanan bila mereka ada menyediakan set jom bajet dengan 3 menu pilihan beserta air. Tak perlu nak pikir panjang, kami ambil Set Nasi Kukus Hayaki, Set Nasi Kerabu Ayam Percik dan juga Set Nasi Ayam Madu.

Huwainaa pun sibuk nak pilih menu

Tunggu pesanan lambat sampai al maklumlah waktu puncak
Menu lain yang ada
Menu sampai sama dengan gambar. Kalau tengok dari persembahan makanan memang nampak sedap sangat. Menu Set Nasi kerabu dan nasi kukus pilihan mak dan adik. Fiza pula nak cuba nasi ayam madu. 

Nasi kerabu ayam percik
Nasi Kukus Hayaki
Nasi Ayam Madu
Air yang restoran ini sediakan pun mmg sedap. Tak boleh lupa rasa sirap bandung dengan air jagung dia. Memang betul2 sedap dan lain dari yang lain. Kalau nak tahu macam mana rasa dia kena lah datang rasa sendiri yer.

Sirap bandung dan Air jagung

Hidangan pencuci mulut paling win Mango Ice Rock
Menyengih dapat makan sedap

Hayaki nie banyak cawangan. Korang search je kat Google, ada kat Setapak, Shah Alam dan banyak lagi. Kalau nak makan masakan pantai timur, boleh la try. Portion pun banyak, sedap dan confirm kenyang. 

Destinasi kami lepas makan adalah ke IKEA Damansara. 

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. Alahai sedapnya. boleh try kalau ke sini. asyik try menu western je sblm ni kalau g shopping mall

    ReplyDelete