Senarai semak dan dokumen untuk Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2021/2022

Assalamualaikum. Tujuan post ini untuk ingatkan ibu bapa yang mana anak-anak mereka yang lahir pada tahun 2014 dan 2015 yang mana pendaftaran akan dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020.

Kebetulan Fiza juga hendak mendaftarkan Thaqif pada tahun ini yang mana dia lahir pada 1 Mac 2015. Permohonan murid Tahun 1 hendaklah dibuat secara online untuk sekolah di Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Perseketuan Labuan boleh walk-in sahaja ke sekolah yang berkenaan.

Murid yang layak untuk mendaftar Kemasukan Tahun 1 2021/2022

Warga negara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir:
  • 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015 (untuk kemasukan tahun sesi persekolahan tahun 2021)
  • 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 (sesi kemasukan tahun 2022)

Cara mendaftar

1. Borang Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2021/2011 online akan dibuka pada 1 Mac 2020 di laman sesawang https://public.moe.gov.my/


2. Untuk pengguna sedia ada, boleh log in terus. Untuk pengguna baru, perlu mendaftar di pautan DAFTAR PENGGUNA. Manual pendaftaran semua disediakan.  

Maklumat dan dokumen yang perlu ada untuk pendaftaran

Sewaktu mengisi borang permohonan online, ibubapa penjaga perlu mengisi :

1. Maklumat prasekolah/tadika

2. Profil kesihatan

3. Rekod Imunisasi kanak-kanak

Borang permohanan yang lengkap dan berjaya perlu dicetak. Dokumen yang perlu dibawa ke sekolah adalah seperti berikut :

1. Cetakan borang permohonan online

2. Sijil lahir anak yang berkenaan ( Salinan asal dan 1 salinan photocopy)

3. Kad Pengenalan ibu bapa / penjaga ( Salinan asal dan 1 salinan photocopy)

4. Surat Nikah / Surat Cerai ( Salinan asal dan 1 salinan photocopy)

5. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu ( bukti tempat tinggal ) 

6. Sampul bersaiz standard dan setem ( saiz dan harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon )

7. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (Jika berkaitan)

8. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi ( dalam online)


Senarai semak yang Fiza sediakan ini untuk rujukan Fiza juga dan para ibu bapa serta penjaga yang inginkan kepastian. 

Untuk maklumat lanjut dan penuh, boleh layari https://public.moe.gov.my/

Selamat berjaya semua. 

Wassalam.


Post a comment

1 Comments