Find us on Facebook

Pameran PETRONAS StreetSmart di Central i-City Mall Shah Alam

Assalamualaikum. Berkebetulan kami sekeluarga ke Central i-City Mall Shah Alam untuk food review, ternampak pameran PETRONAS StreetSmart yang sedang berlangsung bermula 1 Ogos 2019 sehingga 31 Disember 2019. Jadinya kalau korang terbaca review ini, maka sempat lagi nak bawa anak-anak ke sini.

PETRONAS StreetSmart
Pameran PETRONAS StreetSmart di Central i-City Mall Shah Alam | Bertempat di Aras G, Central i-City Shah Alam, masuk pun percuma jadinya rugi kalau lepaskan peluang. Di sini kanak-kanak akan mempelajari tentang keselamatan jalan raya melalui pelbagai pameran interaktif seperti simulasi kereta, motosikal dan banyak lagi.

  






Gelagat Bapak dengan anak
Dibuka jam 10 pagi sehingga 10 malam. Pasti anak korang akan seronok bermain permainan simulasi di sini. Bukan anak-anak sahaja, kita para ibu bapa pun akan turut sama menambah ilmu mempelajari aspek keselamatan di jalan raya. 

Alang-alang sudah sampai sini, banyak juga tempat menarik untuk bergambar di Central i-City Mall Shah Alam. Kejap-kejap bergambar. 

Kami di kota London
Thaqif dan Huwainaa 
Tak sejuk ke Thaqif, penuh salji tu
Cuti sekolah tidak lama lagi, kalau masih terfikir-fikir nak bawa anak-anak dan keluarga berjalan, jom ke PETRONAS StreetSmart. Berjalan-jalan sambil timba ilmu. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari http://www.petronasstreetsmart.com.my/.

"BE SAFE. BE SMART"

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. besttt.. kalo dkt blh bwk ank pegi situ..

    ReplyDelete
  2. Mesti anak-anak seronok di sini.

    ReplyDelete
  3. wahhh santainya dorg baring :D

    ReplyDelete
  4. Mama Ada kat city ni.. nk g usha lah

    ReplyDelete
  5. Thanks for the briefs. InsyaAllah esok nk bawak anak² pi. Ni saja gugel tgk sapa² penah pi dan ada post kat blog 😁

    ReplyDelete