Menikmati menu ringkas di Mikey's Original New York Pizza @ Mid Valley

Assalamualaikum. Kunjungan pertama kali kami ke Mikey's Original New York Pizza di Mid Valley sebenarnya tidak dirancang. Kebetulan ada kerja di sana dan dalam kelam kabut dengan anak-anak, kita pun lapar. Terus terjah Mikey's Original New York Pizza.


Waktu hendak buat pesanan pun memang rushing sangat sebab ada job di petaling jaya Selangor (ibusyurga). Kami ada masa setengah jam sahaja hendak makan. Fiza pun terus ke kaunter untuk memesan makanan. Apa menu yang ada di depan mata terus Fiza order. Padahal sini terkenal dengan pizza sebab nama restoran pun Mikey's Original New York Pizza.

NY Cheeseburger Combo
  
NY Hamburger Combo


Pesanan sampai lebih kurang 10 minit. Kami makan pun cepat. Nak buat review penuh pun tak sempat. Nama makanan yang kami makan pun tak sempat nak ingat. Punyalah kejar masa. Memang tak sempat nak merasai pizza di sini. Tapi kalau hendak buat kunjungan kali kedua pun tiada masalah.

Mikey's Original New York Pizza bersebelahan dengan MCD dan berdepan dengan GSC Cinema. Burger tanpa nama yang kami pesan memang sedap dan potato wedges yang mereka hidangkan pun lembut. 

Lepas ini kalau berkesempatan kami hendak cuba pizza pula.

Wassalam.

Post a comment

1 Comments