Mini Konsert Dato Siti secara LIVE di KLCC Convention Centre | Pengalaman yang tak dapat dilupakan

Assalamualaikum. Seperti dijanjikan, Fiza hendak kongsikan pengalaman ketika hadir menyaksikan konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza Shopee x Simplysiti Mini Concert pada 14 September 2019 yang lepas. 


Mini Konsert Dato Siti secara LIVE di KLCC Convention Centre | Pengalaman yang tak dapat dilupakan | Shopee X SimplySiti, Mini konsert ini berlangsung di KL Convention Centre, Convention Hall, Level 3,  Kuala Lumpur. Perasaan Fiza waktu ini memang teruja, seronok dan rasa bertuah sangat kerana dapat menyaksikan Diva No.1 Malaysia yang akan perform secara Live.








Pelancaran Beausiti by SimplySiti
Konsert berlangsung selama 2 jam setengah bermula 8.00 malam sehingga 10.30 malam. Walaupun ia berlangsung selama 2 jam 30 minit, tetapi terasa masa terlalu cepat berlalu. MC majlis pada malam tersebut adalah Fiza Frizzy. Kepetahan dia dalam mengacarakan majlis memang terbaik dan suasana menjadi sangat happening kerana dia gemar membuat jenaka.

Konsert bermula

Nyanyian lagu Biarlah Rahsia 



Dato' Siti membawakan 10 lagu ikonik beliau. Dan lagu terbaharunya Anta Permana diubah menjadi versi Lagu Senorita yang menjadikan persembahan beliau pada malam itu sangat unik dan terbaik.

Anta Permana versi Senorita


Booth Photobook
Booth Beausiti
Bersama Pengacara Majlis Fiza Frizzy

Umai anak saudara Dato' Siti

Keseluruhan konsert berjalan lancar tanpa masalah. Semua peminat dan kelab peminat Dato' Siti, Siti Zoners dilihat sangat-sangat menyayangi beliau. Memang beruntung jadi Dato' Siti tapi itulah yang dikatakan oleh beliau masa berbicara atas pentas. Kejayaan beliau sekarang adalah atas kesusahan dan dugaan yang beliau hadapi dahulu yang membuat ramai peminat menjadi sebak termasuklah beliau sendiri.

All the best Dato' Siti. Tahniah juga atas pelancaran minuman botani Beausiti by Simplysiti. Semoga terus sukses dalam industri muzik dan juga perniagaan.

Fiza ada berita gembira hendak dikongsikan kepada pembaca yang mana Fiza hendak berikan baucer kod kepada RM 7 OFF dengan RM 30 Min Spend untuk pelanggan baru Shopee sahaja.

Gunakan kod ini FIZAXSHOPEE semasa check out dan ianya sah sehingga 31 Disember 2019. Jadi jom lawati Shopee Malaysia sekarang. 


Post a comment

2 Comments

  1. Wahh ada code promo. tpi utk pelanggan baru ya hm hm. kita dah lama hehehe. Bestnya dpt tgok live. Dri apa yg sis cerita boleh byg mcm mna bestnya situasi dkt sana

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat tengok konsert Dato Siti. Memang penyanyi legend n humble.

    ReplyDelete