Find us on Facebook

EMBAH JID TARUHKAN "JOGET KUASA CINTA" DALAM IRAMA MALAYSIA

Assalamualaikum.

Kalau diimbas kembali lagu Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif, mesti kita akan teringat zaman lagu-lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza yang suatu masa dahulu yang mendendangkan lagu seperti Cindai, Balqis, Hati Kama (duet Dato' Siti dengan Noraniza Idris) Ya Maulai, dan Nirmala. Antara penyanyi yang sering mendendangkan lagu-lagi Irama Malaysia adalah seperti Pak Pandir, To'ki, M. Nasir, Jamal Abdillah, Noraniza Idris dan ramai lagi. Boleh dikatakan Zaman 90an zaman di mana Irama Malaysia masih mandapat tempat di hati peminat muzik. 

Lagu-lagu sebegini sangat mendapat tempat di hati Fiza dan peminat suatu masa dulu. Tetapi pernah terfikir atau tidak, kenapa ia tidak diteruskan. Lagu irama malaysia bukan lagu yang perlu mengikut zaman kerana Irama Malaysia dan Etnik Kreatif adalah lagu seni orang melayu itu sendiri dan ia tidak patut terkubur begitu sahaja. 


LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN 

EMBAH JID TARUHKAN "JOGET KUASA CINTA" DALAM IRAMA MALAYSIA | Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk diteruskan??? Zaman sekarang anak-anak muda lebih tertarik kepada K-pop yang dikatakan mengikut zaman. Tidak salah untuk mengikut peredaran zaman tetapi tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasi. "Tepuk dada, tanya diri".

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK? 


Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".


KENAPA EMBAH JID?


**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk. 



Nenek = Embah wedok 
Datuk = Embah lanang. 

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah 

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru".


PROFIL EMBAH JID :



  • YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga
  • Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga
  • Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai
  • Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga 
  • Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL 
  • Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga
  • Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014  



Dengan pencapaian dan semangat beliau yang masih di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Disebabkan oleh minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta"


LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA


Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah. 

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia. 

PROFIL EMBAH JID : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Tak sabar nak dengar lagu dri embahjid. Dah jarang nk dengar lagu2 irama malaysia dimainkan

    ReplyDelete