Yuran Q-Dees Tahun 2020

Assalamualaikum. Memandangkan anak Fiza pada tahun depan akan menjejakkan kaki ke tadika, sudah masa untuk Fiza membuat perkiraan tadika mana yang bakal Thaqif duduki dan belajar.

Fiza bukanlah jenis tidak mahu menghantar anak ke tadika kemas tetapi Fiza memikirkan kesenangan Fiza untuk menghantarnya ke tadika. Tadika tersebut mestilah berhampiran dengan pejabat supaya mudah Fiza hendak uruskan Thaqif. 

Pamphlet Q-Dees starter 

Yuran Tadika Q-Dees Tahun 2019 | Tadika pertama yang Fiza telah walk in adalah Q-Dees yang mana memang kita tahu ia antara tadika swasta yang agak hebat. Fiza ke sana untuk mendapatkan maklumat dan jumlah yuran dan bayaran yang tepat untuk senang membuat keputusan. Sebab Fiza akan walk in lagi tadika-tadika lain untuk dibuat perbandingan.

Suasana tempat ibu bapa menunggu yang ceria
Dipendekkan cerita, yuran penggal bermula Januari hingga Mei lebih kurang RM 1,*** tidak termasuk yuran bulanan. Fiza akan cerita butiran lanjutnya seperti di bawah.

Awal pendaftaran ibu bapa perlu membayar yuran pendaftaran dan segala peralatan yang anak kita hendak gunakan termasuk buku, beg dan alat tulis kesemunya RM ***.

Keperluan pembelajaran yang terdapat di Q-Dees seperti komputer, makanan, kemudahan berenang, taekwando dan pendidikan islam adalah RM ***.

Bayaran bulanan pula adalah seperti berikut. RM *** untuk bulan Januari dan bulan berikutkan adalah RM 3**.

Jumlah keseluruhan RM 3** + RM *** + RM *** menjadikan jumlah keseluruhan untuk yuran penggal ketika pendaftaran adalah RM 1,***. Sekiranya diambil kira dengan bulanan, maka yuran sepenggal lebih kurang RM 3,***.


Butiran mengenai yuran





Pada Fiza banyak perkara yang mengelirukan dan memerlukan lebih banyak pertanyaan. Tetapi secara asasnya begitulah yuran yang perlu dibayar sekiranya hendak menghantar Thaqif ke Q-Dees. 

Fiza tidak mahu komen mahal atau murah harganya tetapi qualiti tadika yang perlu dititik beratkan. Fiza menganggap tadika Q-Dees memang hebat dan alangkah seronoknya Thaqif kalau dapat belajar di sini.


* Angka sebenar terpaksa dirahsiakan kerana terlalu banyak komen negatif yang diberikan sedangkan ianya adalah perkongsian positif daripada saya kepada mereka yang memerlukan rujukan awal.

Wassalam.

Post a comment

17 Comments

  1. yuran mahal tp pembelajaran bagus xjd masalah rasanya..:)

    ReplyDelete
  2. Menarik. Bagus utk rujuan para parents yg tgh mencari tadika

    ReplyDelete
  3. Saya hantar 2 org anak di Qdess area Bandar Baru Selayang. Yuran yang agak mahal bagi saya, tetapi husband mahu berikan yang terbaik bagi anak so saya ikutkan je. Di Tadika ini makanan perlu disediakan sendiri oleh parents, tadika tidak sediakan. Tadika ini juga banyak sangat cuti sekiranya ada teachers parents meet hari tersebut dikira tidak bersekolah. Silibus pembelajaran sangatlah berat dan advance tetapi tidak sangatlah menekankan basic membaca dan mengira. dan tiada recap atau penekanan bagi anak-anak yang lemah membaca bahasa/English atau mengira. teachers terkejar-kejar menghabiskan buku yang telah ditetapkan setiap sem. teachers berulang2 mengatakan beliau tiada masa kerana masa suntuk dan suruh parents ajar anak2 basic2 seperti membaca dirumah. Tadika mahal tak semestinya bagusss. saya sedang mencari extra kelas membaca bagi anak2. keluar duit lagiiii. kesian anak2 x tahu membaca bila masuk darjah satu walaupun dah berabis ribuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 saya 2 org hantar ke Q Dees BBS, alhamdulillah dua2 dpt membaca, menulis & mengira seawal umur 4 thn. BM, English, Jawi dan al-quran takde masalah. Ujian saringan tahun 1 dua2 dpt kelas pertama. Guru2 semuanya rajin dan berdedikasi. Sistem Flip Tec mmg terbaik

      Delete
  4. Salam. Anak sy so far belajar kat qdees 2 tahun xde masalah. Membaca cepat lancar dlm English. Masuk darjah 1 x menjadi masalah. Ujian saringan lulus dan dpt masuk kelas pertama. So far so good..depends branch mana yg elok atau tak. Dan myb keserasian anak2 yg penting. Diorg x nak pun problem nnti ..malas belajar semua. Anak sy hantar qdees sek 7 shah alam..

    ReplyDelete
  5. Yunk, boleh share details harga kat bie tak? Bie memang tengah survey ni.. for me, biarlah org nk ckp apa pun. Its informatif untuk ibu bapa tengah cari info untuk kindy anak2 diorang.. share kat bie ea.. please.. kat fb or email biemohddotcom@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Boleh tak reveal harga sebenar sebab saya tengah survey harga tadika ni. Kalau tak keberatan, saya mintak tolong email saya harga sebenar
    Emaik saya sungrin87@gmail.com
    Terima kasih puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh x reveal harga sebenar sebab saya tengah survey jugak harga tadika ni..ni email sy..anis_0955@yahoo.com..tqsm

      Delete
  7. How about qdess banting???Many student stop in suddenly including teacher's. Most of the teacher are resigning 3months once.

    ReplyDelete
  8. Hi sis, boleh tak saya nak tau actual fee untuk semua mcm awak tulis. Saya tengah survey untuk anak nanti. Boleh send kat email saya kalau sudi annedodi_06@hotmail.com

    ReplyDelete
  9. Hi Fiza, terima kasih kerana telah memilih Q-dees. Berharap anak Fiza tekun belajar dan pandai membaca, menulis dan berfasih dalam kesemua bahasa yang diajarkan di Q-dees. :)

    Daripada Q-dees,
    https://www.q-dees.com/

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian puan, sy pon tgh usha qdess jgk untuk puteri saya... ☺️

    ReplyDelete
  11. Hai sis,kalau x keberatan boleh x emailkan harga sebenar sebab saya tengah survey utk anak... emailkan dekat jewellynjohn1985@gmail.com

    ReplyDelete