Pengalaman membeli dan menggunakan produk Althea

Assalamualaikum. Pengalaman pertama membeli di platform Althea dan tidak mengecewakan. Barang tiba seminggu selepas pesanan dibuat. Kenapa seminggu sebabnya produk memang dari Korea. Jauh datangnya. 

Parcel pink yang menambat hati

Kita tengok apa yang Fiza beli
Fiza beli pada awal bulan Disember yang lalu di mana sempena Hari Natal, produk yang dihantar akan diletakkan dalam Limited Edition Chritmas Box.  Tengok kotak dia memang jatuh cinta terus.

Special Christmas box
Barang pun elok terletak dalam kotak comel ini
Petal Velvet Powder (3g)  Pink Lavender
Petal Velvet Powder (3g) Warm Beige
Perfume Fabric Mist Love Blossom (60ml)
Cleansing Foam (150ml)

Antara produk yang Fiza grab hanya 4 sahaja.  Dua compact powder, satu semburan pewangi pakaian dan satu pencuci muka. Bedaknya memang Fiza suka sangat sebab kecil dan senang nak dibawa kemana-mana. Harga pun murah. Pencuci muka pun terbaik, cuma pewangi pakaian itu Fiza tidak terlalu gemar mungkin sebab baunya terlalu kuat. 

Fiza juga sudah dua kali membeli produk di sini. Kali kedua Fiza hadiahkan set yang sama kepada adik. Servis yang diberikan juga sama dan barang tiba dengan selamat di Kuantan, Pahang.

Korang yang nak cantik macam artis korea, boleh ke website Althea. Pelbagai produk kecantikan, penjagaan wajah, alat solekan terdapat di situ. Untuk dapatkan diskaun 20% untuk pembelian pertama, korang boleh klik je link yang Fiza sediakan di bawah ini. Selamat bershopping.

Post a comment

1 Comments