Mengikuti rombongan kahwin dari Tanah Merah ke Jeli

Assalamualaikum. Kami ambil kesempatan cuti tahun baru cina baru-baru ini untuk pulang ke Kelantan. Lama Thaqif dan Huwainaa tidak bertemu dengan Tok Ma dan Tok Bah. Lebih kurang seminggu juga kami di kampung. Kami bertolak malam Khamis, 2 hari sebelum cuti sekolah bermula. Alhamdulillah terselamat daripada kesesakan jalan raya.

Mengikuti rombongan kahwin dari Tanah Merah ke Jeli | Bila cuti sekolah, mesti ada jemputan kahwin. Kali ini yang berkahwin adalah sepupu suami sebelah ma. Kami pun dijemput sekali untuk mengikut rombongan ke rumah pengantin perempuan yang terletak di Jeli.

Tepi sikit la abg Thaqif oi..
Si manja mama

Perjalanan dari Tanah Merah ke Jeli tidaklah jauh, tetapi yang kami risaukan adalah perjalanan untuk pulang ke rumah nanti kerana kenderaan banyak dan sesak menuju masuk rata-rata anak Kelantan yang datang dari utara.

Bersiap untuk berarak masuk
Pasangan pengantin
Gambar terbaik yang kami ada. Ambil mood raya cina.
Macam biasa abg Thaqif buat perangai
Jarang dapat ikut sekali rombongan pengantin dan makan kenduri di Kelantan. Kalau dapat peluang memang kami tidak akan lepaskan. Nasi kenduri di negeri Kelantan tidak sama dengan kenduri di tempat lain yang lazimnya terkenal dengan nasi beriani atau nasi minyak. Di kelantan, nasi berlauk, ada ulam, sambal belacan, budu dan kuih muih. Puas makan macam makan di rumah.

Kenduri menyambut menantu pula diadakan pada minggu hadapan. Kami memang wajib hadir sekali. Sebab ada juadah istimewa gulai kambing. 

Buat pengantin, Selamat pengantin baru diucapkan kepada Liza dan Mat. Semoga bahagia selalu hingga ke jannah.

Perjalanan pulang kami melalui jalan kampung. Sepupu suami memang mahir ikut jalan kampung. Maka kami semua terselamat daripada kesesakan jalan raya.

Wassalam.

Post a comment

1 Comments