Pemeriksaan gigi di Pusat Pergigian UITM Sg. Buloh

Assalamualaikum. Awal bulan Januari lepas Fiza telah membawa anak bujang ke Pusat Pergigian UITM yang terletak di Sg. Buloh. Ini adalah lawatan pertama Fiza ke sini dan juga pengalaman pertama Thaqif bertemu doktor gigi. 


UITM Dental Centre

Ambil nombor giliran dahulu

Kaunter pendaftaran

Bila melangkah sahaja kaki masuk ke pusat pergigian teringat waktu belajar di Universiti Malaya sebab di kaunter ada tulis Fakulti Pergigian. Fiza dahulu belajar di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat. Indah kenangan waktu menuntut dahulu.

Selepas ambil nombor giliran, kami menunggu di depan kaunter. Mujur tidak ramai yang pesakit. Jadi giliran kami untuk menunggu tidak lama.

Gigi abang Thaqif rosak banyak

Kad Kedatangan selepas pendaftaran

Selepas pendaftaran kami diminta untuk ke bilik yang dinamakan Sapphire. Di situ kami menunggu giliran untuk bertemu doktor. 

Ruangan menunggu Sapphire

Tunggu dalam 10 minit, ada nurse panggil nama Thaqif. Mama mula risau sebab Thaqif memang Fiza sudah kenal sangat memang susah hendak buka mulut. 

Thaqif pertama kali mendapatkan rawatan gigi

Seperti jangkaan Fiza, memang Thaqif tidak mahu buka mulut. Dia buka mulut tak sampai 10 saat. Lepas itu katup terus gigi. Doktor gigi terpaksa lihat dari luar sahaja. Alahai Thaqif, paksa pun dia memang tidak mahu buka mulut. Tapi dari keputusan doktor memang gigi Thaqif perlu dirawat kerana gigi nya banyak terhakis. 

Keputusannya, kami perlu hadir lagi untuk pemeriksaan seterusnya. Fiza malas hendak paksa Thaqif sebab ini adalah pengalamannya yang pertama kali. Biar dia rasa selesa dahulu. Kalau dipaksa takut dia tak mahu lagi ke sini. 

Begitulah pengalaman pertama Thaqif bertemu doktor gigi. Mujur dia tidak menangis. Kalau tidak lagi susah Fiza dibuatnya. 

Wassalam.

Post a comment

1 Comments