Apa yang best kat Tokyo Disneyland

Menjadi impian setiap kanak-kanak untuk jejakkan kaki ke Tokyo Disneyland. Bukan sahaja kanak-kanan malah orang dewasa juga sama. Mana tidaknya kita semua dibesarkan dengan pelbagai karaktor kartun Disney di saluran televisyen tempatan. Teringin juga hendak jejakkan kaki ke sana kan?


Mari ikut Fiza meneroka dunia penuh warna warni di Tokyo Disneyland bersama Traveloka. Tiket kapal terbang? Hotel? Tiket masuk ke Tokyo Disneyland? Dengan Traveloka, korang boleh dapat cheap Tokyo Disneyland tickets online dengan pantas. Jadi apa tunggu lagi? 

Jom Berhibur dan Berseronok di Tokyo Disneyland !!

Sebaik sahaja kita melangkah masuk ke dalam kawasan taman, maka bermulalah pengembaraan. Pengunjung yang datang akan disambut oleh karaktor-karaktor Disney di pintu masuk utama. Karaktor yang akan menyambut kita adalah bergantung kepada hari kunjungan. Di bahagian kanan dan kiri pintu masuk, kita akan berpeluang beramah mesra sambil bergambar bersama karaktor-karaktor Disney.

Source : Google Image
Mickey Mouse dan rakan-rakan

Untuk pengetahuan korang, Tokyo Disneyland ini sangat luas. Bagi yang pertama kali ke sini dinasihatkan untuk bermula dengan permainan klasik dahulu. Cari hotel yang hampir dengan destinasi perlancongan kita. Disyorkan untuk mencuba dahulu 3 jenis tarikan yang salah satunya akan membuat kita menjerit tidak ingat dunia. Tarikan kedua kita akan menerokai hutan dan ketiganya tarikan yang tidak dapat dilupakan. 

Bagi mereka yang meminati filem fiksyen Star Wars, pastikan tidak lepas peluang untuk alami dunia "Star Wars" dalam imej 3D melalui simulasi penerbangan yang sangat gempak. 

Source : Google Image
Star Tours

Di sini juga kita boleh nikmati perjalanan angkasa yang mengagumkan serta sangat mencabar dengan karaktor-karaktor popular yang dilakonkan dalam filem ini. Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku dan untuk mengetahuinya kita perlulah lalui sendiri kan?

Star Tours menyediakan pelbagai senario yang untuk setiap adegan dan terdapat lebih daripada 50 senario untuk kita cuba. Kalau bab permainan ekstrim memang Fiza  teruja sangat untuk mencuba dan semestinya Fiza tidak akan lepaskan peluang untuk merasainya sendiri.

Source : Google Image
Splash Mountain

Bagi yang gemarkan aksi ekstrim yang bertemakan air, Splash Mountain menyediakan sebuah bot kayu yang akan bergerak ke atas dan ke bawah seperti dalam filem Disney "Song of the South". Kalau korang nak tahu, bot kayu ini akan bergerak secara tiba-tiba dengan menjunam jatuh ke bawah melalui air terjun yang mempunyai ketinggian 16 m dan kecerunan maksimum 45 darjah. Memang best betul sebab taman tema air sebegini memang tidak ada di tempat lain. 

Fuhh memang menarik sungguh!

Source : Google Image
Splash Mountain
Selain itu, Tokyo Disneyland juga menyediakan lawatan ekspedisi hutan yang mana kita dapat melihat pelbagai haiwan liar seperti gajah, buaya, singa, dan sebagainya dengan menaiki bot bersama kapten yang ceria serta berani berani. 

Source : Google Image
Jungle Cruise 
Jungle Cruise merupakan persiaran dalam hutan serta ekspedisi melihat hidupan liar. Sama macam kita masuk zoo kan. Untuk lebih best lagi, cuba persiaran ini di waktu malan di mana hutan tersebut diselubungi dengan lebih misteri dan mendebarkan. Teruja betul Fiza hendak alaminya sendiri.

Source : Google Image
Jungle Cruise 
Keseronokan di Tokyo Disneyland tidak berakhir di siang hari dan pastikan jangan pulang terlalu awal kerana kita akan terlepas peluang untuk menyaksikan pelbagai persembahan hebat yang disajikan buat pengunjung di sebelah malam. Persembahan apa yang menarik sangat tu?

Source : Google Image
Tokyo Disneyland Electrical Parade Dream Lights "Aladdin"

Tokyo Disneyland Electrical Parade Dream Lights adalah sebuah perarakan penuh impian pada waktu malam yang mana bintang-bintanf Disney akan bersinar dengan cahaya dan muzik. Karaktor-karaktor dari filem seperti "Aladdin" dan siri "Toy Story" akan menghiasi taman pada waktu malam dengan menakjubkan serta penuh fantasi.


Source : Google Image
Tokyo Disneyland Electrical Parade Dream Lights "Toy Story"
Ini adalah perarakan berwarna warni yang penuh dengan keseronokan dengan pelbagai tema "Kebahagiaan". Diketuai oleh Goofy serta rakan-rakan Mickey Mouse yang lain, Puteri Disney dan pari-pari semestinya menciptakan dunia warna-warni yang indah buat pengunjung.

Selain itu, tidak lengkap perarakan jika tidak diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang sangat meriah. Pengakhiran yang sangat ditunggu-tunggu. Untuk itu, pastikan korang tak terlepas peluang keemasan ini! 

Source : Google Image
Pertunjukan Bunga Api
Tokyo Disneyland juga menawarkan lebih 40 pilihan restoran buat pengunjung. Antara restoran yang menjadi menyediakan hidangan lazat serta gaya mewah dan akan membuatkan korang tersenyum tanpa ragu-ragu.  Polynesian Terrace merupakan restoran dengan bangunan gaya-rumah hijau, menggabungkan reka bentuk yang popular pada lewat era abad ke-19 Victoria. 

Source : Google Image
Polynesian Terrace Restaurant
Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan masakan antarabangsa serta pelbagai masakan gaya Polynesian dengan suasana tropika sepenuhnya. 

Untuk menjadikan sarapan kita di sini sebagai pengalaman yang tidak akan dilupakan, karaktor-karaktor Disney akan datang ke restoran untuk memberi salam pada setiap meja sebaik sahaja 120 minit taman ini dibuka.  Kita akan merasai sarapan pagi yang sangat mengembirakan dan menyeronokkan. 

Source : Google Image
Persembahan Mickey Rainbow Luau
Terdapat juga persembahan makan malam yang dikenali sebagai "Mickey Rainbow Luau", karaktor-karaktor Disney juga akan meraikan pelbagai hari perayaan seperti krismas dan juga Tahun Baru.


Rugi kalau tidak mencuba dan wajib cuba makanan dan minuman yang diinspirasikan dengan pelbagai karaktor Disney yang comel! Anak-anak Fiza mesti sangat menyukainya tambahan pula Thaqif memang kenal sangat dengan karaktor mickey mouse.

Source : Google Image
Salah satu hidangan dengan inspirasi Mickey Mouse
Tokyo Disneyland adalah dunia impian untuk membuat semua orang tersenyum tidak kira muda atau tua, dewasa atau kanak-kanak. Jadi apa tunggu lagi, bawa keluarga, sanak-saudara dan maklumkan pada rakan-rakan untuk berhibur di Tokyo Disneyland! Pengalaman percutian yang pasti tidak akan kita lupakan sepanjang hidup. 

Source : Google Image
Jangan buang masa lagi, layari Traveloka Malaysia di https://www.traveloka.com/en-my/activities untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Selamat bercuti 😉


Post a comment

5 Comments

  1. Bestnya! Semoga ada rezeki untuk sampai ke sana.

    ReplyDelete
  2. bila la nk merasa pi tokyo entah..
    nice share

    ReplyDelete
  3. kalau ada duit memang la nak ke Disneyland ni.

    ReplyDelete
  4. Fuh..sangat menarik.

    orang yang paling seronok tentulah anak-anak

    ReplyDelete