K-Drama Review : The Last Empress (2018)

Assalamualaikum. Untuk review drama korea kali ini Fiza akan ceritakan serba sedikit mengenai cerita yang sedang hangat ditayangkan iaitu The Last Empress. Bagi korang yang rindukan lakonan Jang Na Ra, inilah drama yang korang patut tonton. 

Sebelum Fiza nak review lebih lagi,  memang salute sangat dengan cerita ini dan tiada drama yang setanding dengan jalan cerita The Last Empress. Bunyi macam hebat kan, tapi memang sangat hebat sebenarnya.

asianwiki.com

Tajuk : The Last Empress / Empress's Dignity
Genre: Ketakutan, Thriller, Misteri, Komedi, Hukuman, Romantik, Fantasi, Melodrama, Politik
Rangkaian Siaran : SBS
Bilangan Episod : 48
Mula Ditayangkan : 21 November 2018


Plot Drama

Drama rekaan yang mana Negara Korea diletakkan dalam monarki perlembagaan pada tahun 2018. 

Oh Sunny (Jang Na-Ra) memegang watak seorang pelakon muzik yang ceria dan bersemangat. Dia bercita-cita dan sangat tertarik dengan Maharaja Lee Hyuk (Shin Sung-Rok). Impiannya tercapai apabila dapat mengahwini Maharaja Lee Hyuk. 

Namun perkahwinan tersebut telah dirancang dan ada udang di sebali batu. Oh Sunny terlibat dalam pelbagai perjuangan kuasa di dalam istana dan pembunuhan misteri dan mesti dirungkaikan. Perkahwinannya juga berantakan disebabkan orang ketiga.

Di sebalik kekacauan dan pergolakkan dalam istana Oh Sunny akhirnya jatuh cinta dengan Na Wang Sik (Choi Jin-Hyuk) yang bekerja sebagai pengawal untuk keluarga imperialis tersebut. Na Wang Sik pula mula bekerja di istana untuk membalas dendam kepada orang yang bertanggungjawab atas kematian ibunya.

Disebabkan kematian nenek Maharaja Lee Hyuk, Oh Sunny dengan bantuan Na Wang-Sik akan cuba untuk meruntuhkan keluarga diraja tersebut dan akan cuba mendapatkan cinta sejati.


Barisan Pelakon Utama

Jang Na-Ra

Shin Sung-Rok

Choi Jin-Hyuk

Lee Elijah

Shin Eun-kyung

Rumusan /Ulasan 

Drama dengan jalan cerita yang penuh dengan kejahatan, jatuh menjatuhkan orang, politik dalaman yang sangat dasyat, fitnah yang tidak dijangka semuanya ada dalam drama ini. Korang pasti merasa sakit hati dan nak memaki hamun je tengok lakonan dorang nie. Nak tahu kesudahan, kena la tengok sendiri cerita ini.

Pastikan korang tidak lepas peluang untuk menonton dan masukkan drama ini dalam wishlist bagi yang masih belum menonton. Tiada drama sehebat drama The Last Empress. Fiza bagi 10/10. 

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. dah download & dah tengok sampai ep 32.
    Mmg rasa nak maki je sepanjang2 citer ni.
    Kesian kat empress yg naive tu.

    ReplyDelete