Barangan persediaan yang perlu ada untuk majlis Hari Jadi bertemakan Hello Kitty

Assalamualaikum. Syukur kerana perancangan Fiza untuk membeli dan mendekorasi sendiri majlis hari jadi Huwainaa tercapai. Semuanya atas usaha dan perancangan sendiri selama sebulan. Disebabkan majlis tersebut bertema maka usaha pun perlulah lebih sedikit untuk mendapatkan segala barangan mengikut tema.



Barangan persediaan yang perlu ada untuk majlis Hari Jadi bertemakan Hello Kitty | Tema Hello Kitty menjadi pilihan Fiza buat pertama kali untuk baby kesayangan Huwainaa Khayra. Abangnya dahulu pernah juga Fiza buat tetapi bertemakan Pixar Cars. Anak perempuan barulah boleh buat  majlis tema Hello Kitty. 

Happy Birthday Balloon Hello Kitty 

HK Goodies Plastic Door Gift

Hello Kitty Disposable Spoon, Drinking Paper Cup dan Disposable Paper Plate 

Table cover Hello Kitty
Hello Kitty cake decorations topper

Hello Kitty Princess Dress Layer Cake


Canvas Bag Hello Kitty



Beg canvas saja Fiza beli untuk isi semua barang-barang yang ada untuk persiapan di Nursery nanti. Selain daripada barang-barang yang disenaraikan di atas, Fiza juga turut membeli barang makanan untuk diletakkan dalam goodies bag kanak-kanak. Makanan seperti lolly pop, keropok dan sumi memang menjadi kegemaran kanak-kanak.


Huwainaa sibuk tolong mama

Semua ini untuk kawan-kawan Huwainaa


Siap Goodies bag

Fiza rasa seronok bila dapat menggembirakan kanak-kanak di nursery. Sebab itu Fiza buat semua ini. Ia juga kenangan buat Huwainaa dan mama. Ada rezeki boleh buat lagi. In Syaa Allah. Bagi mama  yang hendak buat majlis hari jadi bertemakan Hello Kitty, boleh dapatkan idea di sini. Kalau ada pertanyaan, boleh saja drop di komen di bawah. 

Bagi yang terlepas baca mengenai Majlis Huwainaa yang bertemakan Hello Kitty, boleh baca di sini

Wassalam.

Post a comment

2 Comments