Find us on Facebook

Tips penjagaan contact lens yang wajib ambil tahu

Assalamualaikum. Baru-baru ini Fiza ada terbaca mengenai Berita Harian mengenai penderitaan yang dialami wanita terbabit yang mempamerkan bahagian kiri matanya merah selain terdapat kesan putih pada bahagian kornea matanya.  

Titik beratkan kebersihan tangan dan kanta lekap

Tidak dinafikan pemakai kanta lengkap ingin kelihatan cantik dan tidak mahu menggunakan cermin mata kerana sukar untuk melaksanakan tugas harian terutamanuya di tempat kerja, tetapi jangan ambil mudah terhadap penjagaan kanta lengkap.

Kanta lekap trend masa kini.

Berikut adalah 10 tips penjagaan kanta lekap:
  1. Memastikan tangan sentiasa bersih ketika menyentuh kanta lekap.
  2. Pastikan kanta lengkap dibilis menggunakan cecair yang dikhaskan sebelum dan selepas dipakai.
  3. Jangan bersihkan kanta lekap dengan air atau selain cecair yang dikhaskan.
  4. Rendam kanta lekap selepas digunakan dan tutup rapat.
  5. Jangan tidur ketika masih memakai kanta lekap.
  6. Beli kanta lekap berjenama dan dapatkan nasihat pakar mata.
  7. Jangan terus memakai kanta sekiranya terdapat alahan atau radang.
  8. Jangan pakai kanta lekap melebihi 8 jam.
  9. Jangan menggosok mata jika gatal, sebaliknya keluarkan kanta tersebut.
  10. Jangan menggunakan kanta lekap melebihi tempoh penggunaan yang telah ditetapkan (1 bulan @ 3 bulan)
Jika kita mengambil kira kesemua aspek kebersihan dan penjagaan kanta lekap dengan betul, In syaa Allah pemakaian kanta lekap tidak akan menjadi masalah besar. Fiza juga antara pengguna kanta lekap selama 14 tahun menggantikan cermin mata. Alhamdulillah setakat ini tidak mengalami masalah yang besar. Sekiranya mata penat, cepat tanggalkan bagi mengelak masalah lain. 

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. Kalau jenis attend event lama-lama tu yang bahaya kan... dari pagi sampai malam... mandi pun tak sempat... apalagi nak buka lens...

    ReplyDelete
  2. 4 dengan 8 tu MZ ada buat.. heee

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pakai contact lense. tak pernah rasa nak pakai sebab takut mata rosak kalau sengaja nak pakai walau takda masalah kan. Tapi baguslah kongsi tips penjagaan untuk mereka yang pakai contact lense ni.

    ReplyDelete
  4. CCL tak pernah lagi cuba macam mana nak pakai contact lens ni ..tambah-tambah time nak buang tue .tak dapat bayangkan

    ReplyDelete