Assalamualaikum. Pada hari Rabu yang lepas Fiza telah menghantar Thaqif buat check up umur 2 tahun. Thaqif diuji untuk mendirikan kiub secara menegak dan Thaqif gagal ujian tersebut. Nurse nasihatkan supaya ajar anak utuk dirikan kiub. Tidak diberitahu sebabnya. Setelah pembacaan barulah Fiza faham kenapa. Ia adalah ujian untuk menguji perkembangan motor halus Thaqif.
MOTOR HALUS
Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan.
Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka melibatkan penggunaan motor halus.
Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.
MOTOR KASAR
Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan mereka dapat memanjat.
Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau semasa memanjat.
Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam aktiviti seperti ini.
CONTOH AKTIVITI MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS
Motor halus
- Bermain pasir
- Mengikat tali kasut
- Memasang butang baju
- Mengguna sudu dan garpu
- Membentuk objek dari plastisin
- Memotong kek atau mainan plastisin
- Melekatkan gambar
- Menggunakan ‘mouse’ komputer
- Menulis nama
- Melorek atau mewarna gambar
Motor kasar
- Berjalan (lurus atau bengkang-bengkok)
- Berkawad seperti askar
- Berlari dan berhenti mengikut arahan
- Melompat setempat
- Melompat seperti katak
- Meniru gerakan haiwan (kucing, arnab, ular)
- Memegang palang dan berhayun
- Memanjat tempat mainan
- Membaling dan menangkap bola
- Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan
Sumber FB
10 Permainan Meningkatkan Kemahiran Motor Anak Kecil

Intellectual Building Blocks Box

Kinetic Sand With Colors

Kid Puzzle Educational Building Blocks Bricks

Multi-learning Early Education Development Wooden Beads Tool Box

Non Toxic DIY Polymer Magic Clay Set

Puzzle Colourful Building Blocks

Puzzles Animal-Body-Match Maze

Rock A Stack

Wooden Block Set

Wooden fraction shape puzzle toy
Fiza perlu fokus untuk membeli permainan dan mendedahkan Thaqif kepada perkara yang dapat meningkatkan perkembangan motor kasar dan halusnya. Boleh berhenti dulu beli mainan seperti kereta sebab sebelum ini tiada ilmu berkenaan perkara ini. Sekarang baru faham.
Wassalam.
4 Comments
Dulu kecik-kecik kenapa lah tak ada permainan sebegini kan... hihi... memang terbaik info ni, supaya ibu bapa dapat bezakan jenis permainan dan kebaikkannya pada anak kecil...
ReplyDeletepermainan seperti ni boleh asah motor skill anak-anak..naura suka main blok tu
ReplyDelete-Kisahsidairy-
dah dua tahun rupaya Thaqif ehe
ReplyDeleteriang ria dunia kanak2..suka fae tgk warna2 ceria mainan atas tu
Motor kasar dan motor halus.
ReplyDelete