Stesen MRT Sg. Buloh #JOMNAIKMRT

Assalamualaikum. Minggu lepas dapat update satu entry je sebab mood tak berapa baik. Tahun baru 2017 Fiza harapkan dapat memberi sinar baru dan lebih ceria lagi. Semuanya dugaan, Fiza kene terima dengan redha.

Back to the story, Fiza sudah berpeluang menaiki Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Pertama yang dibuka secara percuma buat pengunjung selama sebulan bermula 16 Disember 2016 sehingga 16 Januari 2017. Fasa pertama hanya melalui 12 stesen sahaja.

Fiza pun bekerja di Sg.Buloh dan kesempatan ini Fiza gunakan untuk merasai pengalaman menaiki MRT.

Laluan lif dari tempat letak kereta

Kemudahan tempat letak kereta bertingkat

Kemudahan Bas Pengantara

Gambar-gambar yang sempat Fiza ambil sepanjang berada di stesen Sg. Buloh sebelum menaiki MRT.





Suasana dalam stesen sangat selesa dan luas. 

Sempat juga snap gambar kepala MRT nie. 

Gambar di bawah pula adalah suasana dalam MRT. Agak selesa dan luas jika hendak dibandingkan dengan LRT atau monorail.






Pengalaman pertama buat Thaqif sebab Fiza tidak pernah bawa Thaqif menaiki kemudahan awam. Thaqif memang nampak teruja sangat.

Masih ada masa lagi untuk menaiki MRT secara percuma. Bagi yang berkesempatan bawalah anak-anak. Mesti dorang teruja.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. Wah mmg nampk luas dr LRT. Hope dpt di kembangkn dekat sabah jg huhu

    ReplyDelete
  2. Mcm best ni nek mrt, nmpk luas dri lrt.. entah bila la lgi dpt mnjejakkn kaki ke cna hihi

    ReplyDelete
  3. luas dan bersih..bestnya naik kan..kat Sabah takda..yg ada bas je hehhehe

    ReplyDelete