Percutian ke Sabah : Melihat Kecantikan Pulau Sapi dan Pulau Manukan

12:59

Assalamualaikum. Hari kedua kami bermula agak lewat. Masih tidak dapat menyesuaikan diri mengikut waktu di Sabah. Perjalanan hari pertama kami menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu Sabah boleh korang baca di entry sebelum ini.


Ahad 15 September 2013, jam 0650

Selepas subuh pukul 5 pagi, kami pun persiapkan diri untuk aktiviti pagi ini iaitu melaksanakan aktiviti lebih kurang macam Islang Hopping. Tengok jam belum pukul 7 pagi tetapi matahari telah terik memancar.

Sebelum memulakan aktiviti di pulau, kami singgah ke Pasar Gaya aatu dikenali dengan nama Sunday Gaya Street Market. Seperti pasar pagi di semenanjung,  penjual di Pasar Gaya menjual pelbagai barang seperti makanan, buah-buahan, pakaian, cenderahati, mutiara, alatan musik tradisional dan juga haiwan peliharaan seperti kucing, hamster, ayam dan itik.

Suami berminat dengan topi jenis ini.

Kucing ini dijual dengan harga RM2,000. Comel betul. 

Durian hutan hanya di Sabah pertama kali tengok

Selepas berjalan di Pasar Gaya, kami meneruskan aktiviti untuk ke pulau. Bekalan makanan kami siapkan seperti roti dan minuman kerana di sana harga makanan agak mahal. 

15 September 2013, jam 0800

Kami bergerak dari KK Town ke Jesselton Point Jetty dengan menaiki kereta. Perjalanan dalam hanya 10 minit. Jesselton Point Jetty adalah jeti bot untuk penumpang menunggu bot ke  pulau. Pakej untuk ke pulau juga telah disediakan di sana. Hanya perlu Walk in ke kaunter yang disediakan di Jesselton Point Jetty.



Antara pulau yang boleh dikunjungi adalah  Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Pengunjung boleh memilih mana-mana pulau sahaja. Kami memilih pakej untuk ke Pulau Sapi dan Manukan. Kos menaiki bot adalah RM 50 seorang, sewa life jacket RM 5 dan sewa google RM 5 dan jumlah keseluruhan untuk seorang adalah RM 60.


Pintu gerbang untuk ke Jesselton Point 

Peta Sabah yang boleh didapati di Jesselton Point

Kedudukan Pulau Sapi dan Pulau Manukan
kredit : Google Image

Belakang ada bot laju yang disediakan buat pengunjung 





15 September 2013, jam 0900

Destinasi pertama adalah Pulau Sapi. Perjalanan hanya memakan masa selama 15 hingga 30 minit mengikut kelajuan bot yang dipandu. Setibanya di jeti, untuk masuk ke pulau,  pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00 seorang. 

Peta Pulau Sapi

Pintu masuk ke Pulau Sapi

Kami meneruskan aktiviti snorkeling di sini. Ikan boleh dilihat di persisiran pantai dan air laut juga sangat jernih. 








Pemandangan sepanjang pantai.
Tempat pengunjung melakukan aktiviti snorkeling.

Kami bersnorkeling dari jam 0930 sampai jam 1130. Masa berlalu dengan pantas dan tidak sedar begitu lama kami dalam air. Memang leka melihat ikan yang cantik-cantik dalam laut.

Kawasan snorkeling di Pulau Sapi terbahagi kepada dua bahagian. Kawasan utama di persisir pantai Pulau Sapi dan kawasan kedua mengadap pulau Gaya. 

Kawasan yang mengadap pulau gaya lebih seronok kerana dipenuhi dengan batu karang dan tidak sesuai untuk kanak-kanak tetapi pemandangan dasar laut lebih menarik.

Selain aktiviti snorkeling, Pulau Sapi turut menawarkan aktiviti seperti menaiki banana bot, parachute dan sea walking. Aktiviti Sea Walking berharga RM 200.

Setelah puas berada  di Pulau Sapi kami meneruskan perjalanan menaiki bot ke Pulau Manukan pula. 

15 September 2013, jam 1315


Jarak antara Pulau Sapi dan Pulau Manukan hanya 5 minit dengan menaiki bot laju. Pemandangan Pulau Manukan juga sangat cantik seperti Pulau Sapi. Seperti Pulau Sapi, Pulau Manukan juga mengenakan bayaran masuk RM 3 setiap seorang.

Jeti Pulau Manukan

Pintu masuk Pulau Manukan. 

Beach Boys





Rehat sebentar setelah penat bersnorkeling di Pulau Sapi

15 September 2013, jam 1400

Kami makan tengah hari nasi berlauk daging dan sayur harga dengan harga RM8.00. Air sirap atau teh O pula akan diletakkan lemon. Untuk pengetahuan korang, air yang disediakan di Pulau Manukan akan diletakkan lemon tidak kira air sirap atau teh. Ini bertujuan untuk menghilangkan rasa payau air laut. Kami bertolak pulang selepas makan makan tengah hari di Pulau Manukan.

Best dan terbaik

Hendak tahu aktiviti apa pula aktiviti kami selepas pulang dari melakukan aktiviti snorkeling? Aktiviti kami untuk hari kedua tidak habis di pulau sahaja. Nantikan update seterusnya. Teruskan membaca. 

Wassalam.

You Might Also Like

5 kitty baik hati komen

  1. Bestnya..kita duduk kat sabah pun belum pernah lagi pergi 3 pulau nie :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnya pegi holiday..:) btw kucing muka penyet tu cute sgt..

    ReplyDelete
  3. rindu sabah baca entry ni :'( x sabar nak cuti sem balik sana :(

    p/s : siapa2 kalau pergi sabah jgn lupa jalan 3 pulaau ni mamutik, manukan , sapi..

    best kan fiza? ^_^

    ReplyDelete
  4. cantik permandangan =) tp nk tggu gmbar dalam air..bru syok tgok..pasti cntik je..

    ReplyDelete
  5. Cantik tmpat..sfa plan nk sambut ulang tahun perkahwinan di sana..

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah