Find us on Facebook

Berjaya surprisekan anak dengan Cake Explosion Gift Box dari Flower Chimp Cakerush

Assalamualaikum. Setiap kali birthday anak-anak, Fiza mesti plan, nak celebrate kat mana, nak sambut macam mana, nak belikan kek macam mana. Itu semua Fiza akan prepare paling kurang sebulan awal. Dah macam-macam tema sambutan yang Fiza buat anak-anak, tapi untuk Thaqif tahun nie macam tak sempat nak prepare. Betul-betul sibuk kali nie sebab Thaqif pun baru lepas bersunat. 


Berjaya surprisekan anak dengan Cake Explosion Gift Box dari Flower Chimp | Nak order kek yang deco berat-berat pun tak sempat. Mujur ada Flower Chimp Cakerush yang mana kita boleh order online je kat situ. Misal kata esok birthday, hari nie pun kita sempat order. 

Cake Explosion Gift Box

Meh kita nak review Cake Explosion Gift Box yang unik nie. Korang tak akan jumpa di mana-mana melainkan korang order kat Cakerush. Dalam kotak surprise nie of courselah ada kek. Tapi yang lagi menarik dalam kotak tu ada surprise yang kita boleh pilih untuk terkejutkan orang. Bukan masukkan katak yer..  

Penghantaran cepat dan kemas

Terkejut tengok packaging Cakerush, memang nampak premium dan mewah. Kek nie Fiza beli untuk Thaqif sempena birthday yang ke - 9 pada 1 Mac yang lalu. Dah besar tak nak dah buat deco-deco belon, jadinya mama nak surprisekan dia dengan kek nie. 

Tak sabar nak buka

Baca arahan dulu yer

Ready nak buka

Cara nak order senang je, setiap Butterfly Cake Explosion Gift Box dilengkapi dengan produk asas yang menarik, empat rama-rama yang mempesonakan dan kad mesej yang boleh disesuaikan. Korang mempunyai pilihan untuk memilih kek yang terdiri daripada Rainbow Cake, Chocolate Fudge, Pandan Gula Melaka, Walnut Carrot atau pilihan lain Ferrero dan Teddy Bear.

Lepas tu nak bagi kejutan tu, add ons macam butterfly ke. Boleh pilih nak 8 ekor atau 4 ekor. Butterflies nie betul-betul boleh terbang tau. Selain tu boleh add 4 x custom pictures, flower shower atau sweets explosion. 

Betul-betul terkejut nie

Macam biasalah, birthday si abang, adik yang lebih excited. Beria Huwainaa nak buka kotak tu. Bila dah buka, apa lagi berterbanganlah rama-rama yang ada. Fiza berjaya capture riak wajah dorang bila rama-rama tu terbang keluar. 

Menjerit-jerit dorang

Ingatkan rama-rama betul 

Dah boleh bertenang

Kek pilihan Rainbow Cake saiz 4". Kek nie sedap korang, dengan taburan colorful sprinkles, budak-budak memang for sure suka. Di Cakerush, mereka hanya menggunakan hanya bahan-bahan terbaik untuk menghasilkan produk yang lazat dan korang jangan risau, bakers mereka menggunakan bahan tempatan atau import yang disahkan halal.  

Rainbow Cake

Cake Explosion Gift Box dengan 8 x butterflies

Happy 9th Birthday Thaqif

Rasa berbaloi sangat bila berjaya buat anak-anak terkejut. Tak perlu celebrate besar-besaran pun bila ada Cake Explosion Gift Box nie. Boleh lupakan dah basic old birthday cake, kita tukar style macam nie pulak. 

The Butterfly Cake Explosion Gift Box is designed to surprise and delight. Kotak kek juga direka untuk kebolehgunaan semula. Jadinya korang boleh Reuse and Relish. Ianya bukan sekadar hadiah tetapi moment macam nie akan diingati dan dihargai.  

Nak suprisekan yang tersayang, korang boleh order kat Cakerush

Post a Comment

0 Comments