Find us on Facebook

Pengalaman menginap di Olive Tree Hotel, Penang

Assalamualaikum. Sedar tak sedar dah masuk bulan Ogos kita. Harapnya bulan nie Fiza akan terus rajin update blog. Banyak cerita-cerita pending yang nak dikisahkan dalam blog. Antaranya short vacation kami di Pulau Pinang. 


Pengalaman menginap di Olive Tree Hotel, Penang | Kalau nak cerita bab hotel nie, kat Penang memang banyak hotel dan kebanyakkannya memang mahal. Terutamanya area Batu Feringhi. Nak jimat sikit pilih untuk menginap di Olive Tree Hotel yang terletak di Bayan Lepas.


Hotel nie memang cantik dan nampak baru. Kami ambil Deluxe Room dengan city view, katil bersaiz King. Okay la untuk kami 4 beranak. 3 hari 2 malam baru RM 630. Harga nie masa bulan May 2023 tau, sekarang nie korang kena tengok la mungkin harganya dah berubah. Tempahan boleh dibuat di sini --> Olive Tree Hotel, Pulau Pinang

Katil bersaiz King

Dua ketoi kesayangan

Siaran televisyen cable channel

Ruangan meja tulis

Air free flow

Peti sejuk

Complementary tea

Bilik air

Toiletries

Pengering rambut

Kemudahan lain seperti wardrobe, seterika semuanya ada. Gambar je tiada. Bilik memang selesa. 


Nak makan nasi kandar pun tak perlu pergi jauh, sebelah hotel ada Restoran Syed Bistro. Kami stay sini memang tak makan kat tempat lain, berulang ke sebelah hotel je, memang senang. Bagi yang nak ke Penang, boleh try hotel nie. Nak booking, boleh klik link Agoda nie --> Olive Tree Hotel, Pulau Pinang

Wassalam.
 

Post a Comment

1 Comments

  1. plan nk check in sini hujung bulan ni, okay lah dekat dgn kedai makan, mudah! tq fiza

    ReplyDelete