Find us on Facebook

Diploma Pengurusan Awam dan Governan di INTEC Education College Pilihan Terbaik Selepas SPM

Habis peperiksaan SPM tak tahu nak sambung belajar mana? Inilah dilema yang biasanya student lepasan SPM kat luar sana hadapi. Masing-masing memikirkan hala tuju seterusnya kerana umur masih muda dan perjalanan hidup masih panjang.


Program diploma adalah antara pilihan yang terbaik untuk pelajar selepas SPM kerana sijil diploma boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan dan untuk menyambung pengajian ke tahap yang seterusnya.

Salah satu program diploma yang selalu menarik perhatian pelajar-pelajar di luar sana adalah Diploma Pengurusan Awam dan Governan. Bidang ini sebenarnya membuka peluang kerjaya yang luas kepada graduan.


Think Future, Think INTEC

Bersesuaian dengan tagline INTEC, Think Future Think INTEC, INTEC terkenal dengan program pra-universiti, Program Diploma dan Perakaunan Profesional, disokong dengan rekod prestasi cemerlang selama lebih 30 tahun.


INTEC Education College adalah hak milik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah ditubuhkan pada 1982 sebagai pusat persediaan Pusat Pendidikan Persediaan (PPP. Ia kemudiannya dikenali sebagai Program Persediaan Luar Negeri (PPLN) pada tahun 2000 hingga November 2001, apabila ia dinamakan semula sebagai International Education Center. Nama INTEC Education College mula digunakan pada tahun 2012 sehingga kini.



Tawaran Akademik INTEC

INTEC membuka peluang kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian sama ada dalam mahupun luar negara dengan pelbagai program akademik yang menarik.


Pastinya, jika bercerita tentang tahap kualiti program yang ditawarkan di INTEC, INTEC telah mendapat akreditasi penuh daripada MQA untuk semua program terutama program Diploma. Akreditasi ini memperakui bahawa program-program ini memenuhi keperluan akademik dan praktikal MQA, dan melayakkan graduannya mengikuti laluan mereka dalam pelbagai peluang kerjaya selepas tamat belajar di INTEC. Antara program-program yang ditawarkan adalah seperti:

Program Pra-Universiti (Pre-University Programmes)
  • A-Level
  • A-Level German (ALG)
  • American Degree Transfer Programme (ADTP) – formerly known as ADFP
  • SACE International Programme – formerly known as AUSMAT
  • Korean Preparatory Course
  • Japanese Preparatory Course

Program Diploma (Diploma Programmes)
  • Diploma in Business Management (DBM)
  • Diploma in Public Management and Governance (DPMG)
  • Diploma in Scientific Halal Practices (DSHP)
  • Diploma in Islamic Finance (DIF)
  • Diploma in Accounting (DIA)

Program Perakaunan Profesional (Professional Accountancy Programmes)

  • ACCA Foundation in Accountancy (FIA)
  • The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK)
  • The Certificate in Finance, Accounting, and Business (CFAB)
  • The Association of Chartered Accountants (ACA) for Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) UK

Kursus Pendek (Short Courses)

  • ACCA Accelerate
  • ACCA Intensive Revision Course



Diploma @ INTEC

Di sini dikongsikan juga tentang program diploma @ INTEC. Tagline INTEC 'The Fastest Diploma Track in Malaysia - 2 Years akan menarik minat mereka yang ingin menyambung pengajian di sini.

Berikut adalah program yang disenaraikan di bawah Program Diploma @ INTEC, keperluan dan maklumat lain yang diperlukan.





Diploma Pengurusan dan Tadbir Urus Awam di INTEC Education College

Diploma Pengurusan dan Tadbir Urus Awam (DPMG) ialah program tempatan di INTEC yang ditubuhkan sejak 2016 dan telah menerima akreditasi penuh oleh MQA. DPMG direka untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengurusan dan tumpuan tadbir urus kepada sektor awam, swasta dan organisasi bukan untung. Diploma ini akan memberi pelajar pengetahuan dan pemahaman lanjutan tentang teori, dasar, undang-undang dan amalan tentang cara kerajaan/organisasi mengurus negara/perniagaan dan sumber manusia. Program ini merupakan kurikulum holistik dan tersusun yang mengintegrasikan elemen akademik, kemahiran kebolehkerjaan dan kerohanian. Topik yang akan diliputi termasuk prinsip tadbir urus yang baik, pengurusan manusia, perhubungan industri, etika, dan integriti.

Sektor Awam dan perniagaan/organisasi menghadapi cabaran dan perubahan baharu di seluruh dunia. Polisi yang diguna pakai oleh kerajaan akan memberi kesan kepada kedua-dua sektor swasta dan Bukan Untung. Oleh itu, adalah penting bagi pengurus, pemimpin, pekerja untuk dilengkapi dengan kemahiran pengetahuan dan meneroka bagaimana proses pentadbiran harus diperbaiki.

Antara kelebihan diploma ini ialah:
  • Program berkaitan Pentadbiran dan Polisi di mana-mana Universiti.
  • Lulusan boleh meneruskan kerjaya sebagai penasihat dasar, penolong pegawai undang-undang, Eksekutif Separuh Profesional, dan sebagai Usahawan.
  • DPMG bukan sahaja menumpukan pada pentadbiran, pengurusan, tadbir urus dan dasar sektor awam tetapi juga bukan keuntungan dan sektor awam

Bantuan Kewangan dan Kemudahan

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, boleh membuat permohonan pinjaman pendidikan daripada mana-mana organisasi yang membuat tawaran pembiayaan pendidikan seperti PTPTN.

Pada masa ini terdapat tiga kolej kediaman yang bersedia untuk menyambut kedatangan pelajar (Cemara, Akasia dan Cendana yang terletak di Seksyen 18 dan Seksyen 6, Shah Alam). Kesemua kolej kediaman ini terletak di lokasi yang strategik berhampiran kemudahan awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, restoran dan taman.


Bagi student yang sedang mencari hala tuju untuk sambung pengajian, saya cadangkan untuk anda melanjutkan pelajaran di INTEC. INTEC terbukti memberi fokus pada pembangunan pelajar secara holistik, yang merangkumi pembangunan akademik, kebolehan interpersonal dan kemahiran kerjaya. Ini juga membantu pelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi pasaran pekerjaan yang kompetitif dan dinamik.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang dan media sosial INTEC dan segala kemaskini maklumat pengajian.

Laman web: INTEC | Facebook: INTEC | IG: INTEC

Lokasi: Jalan Senangin Satu 17/2a, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor

Post a Comment

1 Comments