Review Murad Correct & Protect Correct Serum | Serum dengan SPF bantu rawat masalah kulit tidak sekata pada wajah

Assalamualaikum. Siapalah tak nak kulit cantik tanpa sebarang parut, bintik-bintik hitam dan bekas jerawat. Kalau boleh nak kulit licin macam kulit telur. Tapi macam mustahil je kan, sebab kalau kulit wanita asia nie, dengan cuaca negara kita yang panas, terdedah pada cahaya matahari, semuanya penyumbang kepada masalah perubahan warna kulit dan hiperpigmentasi. 

Review Murad Correct & Protect Correct Serum | Serum dengan SPF bantu rawat masalah kulit tidak sekata pada wajah | Sebelum Fiza nak review Murad Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45 nie, mula-mula sekali ini adalah serum ini adalah serum dengan SPF, inovasi 2-dalam-1 terbaru Murad. Pakai serum nie untuk merawat kulit sambil beri perlindungan kulit terhadap cahaya UV. 

Korang tahu tak apa itu hiperpigmentasi? Sebelum nie yang Fiza tahu pigmentasi je. Kali nie hiperpigmentasi tu. 

Okay ginilah, Fiza bantu korang google.

Pigmentasi adalah keadaan apabila korang mempunyai bahagian gelap atau cerah yang tidak sekata pada kulit. Sebab utama pigmentasi ialah rembesan melanin yang tidak terkawal oleh kelenjar endokrin.

Manakala Hiperpigmentasi adalah kondisi ketika area kulit tertentu menjadi lebih gelap daripada warna kulit di sekitarnya. Kondisi ini umumnya tidak menimbulkan rasa sakit atau gatal, tetapi dapat mengganggu penampilan. 

Contoh Hiperpigmentasi dapat muncul dengan 
warna hitam, coklat, atau abu-abu

Dua-dua term lebih kurang sama je sebenarnya, yang jelas ia menunjukkan perubahan warna kulit, jadi lebih gelap dan tona kulit jelas nampak tidak sekata lagi. 

Murad adalah produk skincare yang betul-betul dapat bantu atasi masalah kulit. Sebab itu Fiza suka guna Murad. Dorang dah ada pengalaman 30 tahun dalam dunia penyelidikan dan jenama Murad nie dah terkenal serata dunia. 



Murad Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45 | PA++++ 

Feel + Corrects Like a Serum
Protects with SPF

Baru je dilancarkan, Fiza terus dapatkan tau sebab tahu akan manfaat dia.  Murad Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45, dibuat khas untuk bantu merawat perubahan warna kulit dan hiperpigmentasi.  Hiperpigmentasi adalah masalah kulit biasa yang berpunca daripada peningkatan melanin. Melanin nielah pigmen yang memberikan warna kulit, rambut dan mata kita. 

Kalau nak tahu, punca peningkatan melanin adalah disebabkan oleh pendedahan matahari, pengaruh hormon, usia, kecederaan kulit atau keradangan. 



Korang dah faham kan? Susah nak elak? betul tak? Melainkan kita duduk dalam rumah je tapi sampai bila. Faktor usia pun main peranan. Jadi untuk bantu rawat masalah kulit gelap dan hiperpigmentasi, inilah jawapannya. 


Bahan utama yang terkandung dalam serum


100% mineral zinc oxide (16.7%) sunscreen dan ekstrak tumbuhan
Satiny-smooth serum dengan 100% mineral SPF yang telah diuji dan terbukti secara saintifik untuk membetulkan perubahan warna dengan nyata dan mencegah hiperpigmentasi pada masa hadapan.

UV-responsive carotenoid technology
Carotenoid technology memantulkan cahaya UV untuk cahaya segera dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat untuk mencerahkan dan mengurangkan perubahan warna yang kelihatan.

Beet root extract
Menyuburkan kulit dengan penghidratan yang selesa dan berpanjangan sambil merangsang pengeluaran Vitamin D.

Melindungi: SPF yang sangat menakjubkan ini memberikan perlindungan UV berasaskan spektrum luas, mineral yang tidak meninggalkan kesan putih untuk kulit yang benar-benar berseri. Diuji secara klinikal pada jenis kulit Fitzpatrick 1 hingga 6​.


Jenis kulit yang manakah sesuai?

Kesemua jenis kulit di bawah sesuai, jadi korang tak perlu risau.
  • Seimbang
  • Berminyak
  • Gabungan
  • Kering
  • Sensitif
Sebabnya bahan-bahan dalam serum Murad nie bebas Parabens, sulfates, phthalates, gluten, animalderived, ingredients, mineral oil, formaldehyde, oxybenzone dan petrolatum.


Cara penggunaan


Disarankan untuk guna waktu pagi. Langkah dia seperti berikut :

1. Bersihkan dengan Essential-C Cleanser.
2. Sapukan Rapid Dark Spot Correcting Serum dan ikuti dengan Murad moisturizer. 
3. Shake Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45. Sapukan secara rata pada muka, leher dan dada.


Tekstur putih, cepat serap


Hasilnya dapat dilihat seawal 2 minggu!!


Walaupun masalah Hiperpigmentasi ini tak jadi masalah besar buat Fiza lagi, tapi  pigmentasi tu dah ada, sebab faktor umur kan dan hari-hari terdedah kat cahaya matahari. Fiza guna serum nie sebab ia juga ada SPF yang bantu lindung kulit Fiza. Ini kan serum 2 dalam 1, korang pun wajib try sebab tak rugi. Ia memang bagus sangat untuk kulit.


*Kajian klinikal yang Dr. Murad buat yang mana hasilnya serta-merta

• 91% produk bersetuju mempunyai kemasan yang tidak kelihatan.*
• 91% bersetuju kulit berasa terhidrat.*

Betul, lepas pakai kulit rasa lembap dan selesa. Cepat serap dan korang tak rasa sapuan serum nie di wajah. Pakai secara konsisten, dalam 4 minggu korang akan nampak hasilnya yang paling ketara, kulit akan jadi cerah dan sekata semula.



Dapatkan rangkaian produk Murad di Website

Dapatkan Murad Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45 Murad Official Website https://www.murad.com.my/product/correct-protect-serum-spf-45/, harga RM 358 untuk 30ml.

Untuk info lanjut, boleh layari sosial media Murad seperti di bawah :

FB: @Murad.Malaysia
IG: @MuradMalaysia

#Murad #MuradSkincare #MuradMY #MuradSkincareMY #MuradResurgence #Skincare #Selflove #Selfcare #Skincare #skincareroutine #DarkSpot #serum #sunscreen #MuradCorrectProtectSerumBroadSpectrum #SPF45 #beautyandcare #skinprotect

Post a Comment

0 Comments