Jom "Playing Tourist" di Kota Melaka, jalan-jalan, makan dan bergambar sakan ala pempengaruh!!

Assalamualaikum. Tajuk tu macam gempak tak.. Harap dapat duk 1 page google lah kan. Haha.. Bosan tajuk cliche je, lagi pun jalan-jalan kat Melaka, bukan pelik sangat pun. Bukan apa, anak-anak tak pernah lagi jejak kaki kat Melaka. Alang-alang ada job kat Melaka nie, kita ambil kesempatan untuk round Bandar Melaka. Nak tahu kami buat apa kat sini, korang baca la sampai habis yer. 


Jom "Playing Tourist" di Kota Melaka, jalan-jalan, makan dan bergambar sakan ala pempengaruh!! | Sebelum check in hotel, kami jalan-jalan kota Melaka dulu. Cuaca memang panas korang, memang terik sangat. Lagi satu kalau nak turun Melaka, korang yang jauh-jauh datanglah awal sebab kalau lambat memang jem teruk. Jadinya, kami sampai waktu nie tak jem lagi, parking pun terhad, tapi mujur dipermudahkan.


Kami parking depan Medan Samudera Bandar Hilir Melaka. Kat sini ada jual cenderahati dan ada medan selera, kemudahan surau dan tandas pun disediakan. 

Muzium Samudera (Flor de La Mar)

Mula-mula kami masuk muzium maritim atau Muzium Samudera. Harga tiket Muzium Samudera untuk warganegara Malaysia Dewasa RM10, Kanak-kanak 6-12 tahun RM 5. Bab harga tiket nie malas nk cerita panjang sebab lepas nie mesti lain pulak kan. Tapi ini harga sewaktu kami datang.




Dalam Muzium Maritim nie korang boleh dapat info mengenai aktiviti maritim di Bandaraya Melaka, betapa pentingnya penguasaan politik Melaka kepada penubuhan penguasaan maritim di rantau ini dan juga memaparkan hubungan perdagangan Melaka dari awal zaman penjajahan sehingga kemerdekaan.



Naik Beca Melaka

Datang Melaka rugilah kalau tak naik beca. Anak-anak Fiza memang eksited dengan beca. Mana taknya, deco pun lebih kepada tarikan untuk anak-anak. Dorang siap nak naik sorang satu. Harga? Mahal korang, RM 40 satu pusingan. Kami terpaksa ambil 2 beca, bab harga tutup mata jelah. 

Tapi okay je daripada kami jalan kaki, dengan cuaca panas terik lagi. Baik ambil je. Budak-budak nie pun dapat pengalaman naik beca. 




Ada macam-macam decok beca nie, sampai tak tahu nak pilih yang mana. Last-last ambil Frozen dan Hello Kitty. Mama mana boleh tak ambil Hello Kitty tu. 


Singgah bergambar di A Famosa

Kami singgah gitu-gitu je sebab malas nak bersesak. Korang boleh tengok sendirilah betapa ramainya pengunjung. Janji sampai, sebab kami dah selalu datang. Bagi kenangan untuk budak berdua tu. 



Try Coconut Shake Batu Berendam Melaka

Naik beca dorang akan drop kat mana yang kita nak. Salah satunya gerai coconut shake nie. Tak berapa sedap sebab banyak serdak kelapa. Haha.. sorry la terjujur sebab harga pun bukan murah, tapi apa nak buat dah memang gitu kot rasanya.



Pusing dalam 40 minit macam tu, memang puas hati sebab semua tempat cover. Yang penting tak perlu jalan kaki. Naik beca pun berpeluh dibuatnya. Kalau jalan kaki memang tak mampu lah. Nak naik kereta memang susah, jem sana sini, pilihan ada 2 je, jalan kaki atau naik beca. 


Menaiki beca waktu malam

Malam pun kami datang kota Melaka lagi. Nak menikmati cahaya lampu malam. Sebabkan beca cantik sangat malam, anak-anak Fiza nak naik lagi. Tak mampu nak hampakan anak, lagi sekali kami ambil 2 beca, ronda kota Melaka waktu malam. Harga pun sama. 
 


Thaqif nak naik Transformer, Huwainaa still dengan Frozen dia. Okay beca malam, cantik dan colorful. Ada lagu tema. Memang buat budak-budak ngamuk kalau tak dapat naik. Lepas tu bergambar depan Jonker Walk buat syarat sebab malas nk jalan jauh. Perangai sungguh.



Makan asam pedas di Medan Selera @ The Shore Shopping Gallery Melaka

Melaka pun terkenal dengan asam pedas. Jadi kami makan kat medan selera selepas check in The Shore Hotel & Residences




Lepas isi perut, kami ada job nak kena buat. Jadi korang kena tunggu entry seterusnya. Ada sebab kami booking hotel kat The Shore Hotel & Residences tau. Korang yang nak booking boleh klik link terus. Best hotel nie, view dia terbaik. 

Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments