Staycation Langkawi rasa lengkap dan berbaloi bila dapat masuk Underwater World Langkawi

Assalamualaikum. Seronoknya bila dapat throwback semula staycation di Langkawi nie. Sambil menaip keyboard sambil tersenyum. Dalam hati pun cakap, bilalah dapat datang lagi. Indah sangat bila dapat spend time dengan family, pergi bercuti dengan anak-anak, paling bahagia bila dapat bawa Ma dan Abah sekali. Memang dorang teringin sangat nak datang Langkawi. 


Staycation di Langkawi rasa berbaloi bila dapat masuk Underwater World Langkawi | Betul, dapat masuk sekali pun jadilah. Dulu masa awal-awal kahwin, tahun 2013 pernah bergambar depan bangunan nie. Waktu itu hanya pasang hajat je, ada anak nanti aku nak bawa dorang masuk sini. 

Alhamdulillah, tahun 2022, rezeki anak-anak, kami datang sekali lagi ke Pulau Langkawi. Staycation 4 hari 3 malam di Pantai Cenang antara staycation yang Fiza rasa bahagia sangat. Sepanjang 2 hari berada di Pulau Langkawi, cuaca memang baik dan panas terik. Hari ke-3 cuaca agak mendung disertai dengan hujan renyai pada waktu pagi.


Pada mulanya kami bercadang untuk menaiki kereta kabel tetapi husband ubah plan untuk ke Underwater World dahulu. Kami okay je, hujan pun satu rahmat, mujurlah semalam dah buat Island Hopping. Hari nie just santai-santai. Pergi je mana yang sempat. 

Lepas breakfast kami terus ke Underwater World Langkawi. Eksited sangat sebab Fiza pun pertama kali nak masuk sini. Mesti best sangat. Tak semua orang dapat masuk sini sebab harga tiket Underwater World Langkawi nie. Siap2 la bajet korang dulu, barulah rasa aman.

Harga tiket Underwater World Langkawi 2022
boleh tengok kat sini

Tiket untuk 4 dewasa 2 kanak-kanak

Masuk je korang akan jumpa Flamingo nie dulu

Mula-mula masuk pengunjung akan rasa suasana macam dalam hutan dan terbuka. Kat sini ada burung bangau, ikan-ikan kecil, arowana dalam aquarium, dapat tengok monyet Common Marmoset, monyet paling kecil di dunia, turtle dan macam-macam lagi. 

Sini ada Common Marmoset


Lepas itu barulah pengunjung akan masuk dalam bangunan dan seolah olah kita berada di dalam laut. Macam-macam spesisi ikan, besar kecil, ikan laut dalam dan paling menarik dapat tengok penguin buat show. 

Tak semua hari ada pertunjukkan penguin nie. Rezeki budak-budak nie dapat tengok penguin comel terkedek-kedek. Okay penat dah nak story, korang enjoy je gambar-gambar yang Fiza snap kat bawah.


















Menyempat jugak kita jadi mama duyung. Kalau ikutkan banyak gambar dalam handphone nie, segala tempat nak bergambar. Tapi tak surprise la kalau korang nak pergi nanti kan. Hehe.

Last sekali wajib bawa balik cenderahati dan selalunya akan adalah gambar family yang dorang siap print tu. Nak tak nak beli je sebab itu pun kenangan. Boleh la simpan dalam album. Kedai cenderahati kat Underwater World Langkawi pun besar. Fridge magnet, keychain, t-shirt semua ada. Boleh la beli untuk kenangan. 




Kami spend time dalam nie lebih kurang sejam setengah. Next destination Skycab Langkawi. Nak uji tahap gayat korang, naik la kereta kabel kat Langkawi. Okay stop dulu. Nanti kita sambung lagi.

Wassalam.

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Kenangan dapat bawak mak ayah tu yang mahal. Dah besar nanti anak-anak kalau ingat mesti rasa gembira

    ReplyDelete