Jalan-jalan sambil OOTD dengan bot-bot mewah di Telaga Harbour Marina, Pulau Langkawi

Assalamualaikum. Sebenarnya tiada apa pun di Telaga Harbour Marina nie. Dahulu ia merupakan bekas perkampungan nelayan dan juga kawasan selamat dan terlindung di Pantai Kok, Langkawi. Makin lama ia berkembang menjadi perbandaran pelabuhan serba lengkap dan menjadi pintu masuk dan destinasi utama bagi banyak kapal layar di Pulau Langkawi.


Jalan-jalan sambil OOTD dengan bot-bot mewah di Telaga Harbour Marina, Pulau Langkawi | Memandangkan pandemik covid yang melanda dunia, banyak yang terjejas termasuklah Telaga Harbour Marina nie, dah tak seperti dulu. Banyak bangunan tinggal. Semua kemudahan yang ada tidak dapat digunakan lagi. Boleh kata kalau korang datang sini, cuma boleh tengok bot-bot mewah parking je. 


Tapi view kat sini memang cantik, tenang dan mendamaikan. Kami pula datang waktu petang, memang redup sambil ambil angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Huwainaa pun datang sini untuk tidur. Penat sangat nie. Yelah dari turun flight sampai ke petang dia berehat kejap je kat rumah Pak Ndak. Siapa yang baca entry Fiza sebelum nie faham la apa yang Fiza nak sampaikan.

Apa-apa pun masih terdapat banyak bot-bot mewah dan perahu layar kat sini. Cuma nak naik tu tak boleh la kan. Tumpang bergambar boleh la.







Punya la damai, Huwainaa memang datang sini tidur je. Memang penatlah sungguh tu. Lepas bergambar entah apa-apa, melompat sana sini, kami pun balik ke Sandy Garden Resort, Pantai Cenang. Malam nanti nak jalan-jalan kat Pantai Cenang pula. Elok la Thaqif pun dah tidur kat rumah Pak Ndak, Huwainaa pun dah tidur kat Telaga Harbour Marina. Cukup rehat tak de la mood nak ngamuk. Faham-faham jelah budak2 nie.

Apa-apa pun balik mandi dulu. Malam karang kita cari makan kat Pantai Cenang. 

Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments