Sambut birthday Thaqif | Happy Birthday yang ke-7, kek ais krim Baskin Robbins wajib ada

Assalamualaikum. Siapa sangka baby kecil yang pernah pegang lilin masa masa umur 1 tahun sekarang dah umur 7 tahun. Happy Birthday Thaqif Khalaf. Tahun nie tak celebrate dengan deco belon-belon tu. Kita buat simple je kat Kenny Rogers AEON Anggun Rawang. Oh ya Thaqif lahir 1 Mac 2015 di Hospital Selayang. 


Sambut birthday Thaqif | Happy Birthday yang ke-7, kek ais krim Baskin Robbins wajib ada | Bila tanya nak hadiah apa, memang mainanlah jawapan dia. Walaupun dah sampai tak tahu nak beli apa, masuk MR. TOY termenung mikir mainan apa yang tak de dalam rumah. 


Sudahnya dia grab brick toys. Huwainaa pun macam biasa la, dah abang dapat mainan, dia pun nak la jugak. Mana boleh mengalah. Lepas tu kami terus ke Baskin Robbins untuk beli kek. Time kita nak kek cantik-cantik takde la pula, bila tak nak, macam-macam deco kek ada. Mujur ada kek deco ala safari. Kek deco ala gegirl dia memang tak nak. 


Kek dah ada, husband ajak celebrate kat Kenny Rogers, okay juga idea tu. Lagipun perut pun dah lapar. Macam biasa order 3 set Quarter Meal sebab kalau ambil 4 memang tak habis. Si kecik tu nak makan ayam dengan muffin coklat je. 



Lepas itu barulah tiup lilin. Order kek ais krim memang tak muak. Best je makan sebab ais krim. Budak-budak nie memang suka sangat. Kalau kek birthday tu dorang kurang makan. Suka kek sebab dia punya deco lepas tu duk ulang tiup lilin. 







Thaqif penyeri hidup kami. Mulut pun riuh, petah bercakap dari kecik lagi sampai sekarang. Semoga Thaqif membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat mama dan dedi, jadi abang yang baik buat Huwainaa Khayra. Tak lama lagi dah nak masuk darjah 1. Belajar dengan bersungguh-sungguh hingga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Wassalam.

 

Post a Comment

0 Comments