My Birthday Celebration at Lexis Hibiscus, Port Dickson

Assalamualaikum. Tudia tajuk tak nak kalah.. haha.. sorry yer tajuk je bahasa inggeris, kita tulis still dalam bahasa melayu. Blog melayu orang Malaysia la katakan. Kalau tajuk melayu sambutan majlis hari jadi di Lexis Hibiscus, haaa gitu. Tak kisah la janji korang baca sampai habis. Barulah "bounce rate" rendah. Blogger mesti faham apa yang Fiza kaitkan nie. 


My Birthday Celebration at Lexis Hibiscus, Port Dickson | Staycation kami pada 11 Disember yang lepas memang husband book untuk celebrate birthday Fiza kat sana. Tak sangka malam itu husband siap booking cake sekali.

Nak ambil Birthday Packages Lexis Hibiscus nak kena tambah RM 1k, macam keterlaluan pula, jadi beli je birthday kek Lexis kat sana, harga pun sama macam kek baskin robbin, bagi Fiza itu pun dah bermakna sangat.


Lagi bermakna dengan kehadiran mak Fiza. Kebetulan dia ada di Nilai waktu itu. Alang-alang ajak celebrate sekali. Lagi meriah. Thaqif dan Huwainaa pun ada sepupu nak mandi kolam sama-sama malam tu.




Lepas potong kek, makan kek, budak-budak nie semua terus terjun kolam. Kolam skypool air dia taklah sejuk kalau nak dibandingkan di bawah sana tu. Kami dah pernah stay villa atas air. Malam-malam nak mandi rasa seram sikit sebab betul-betul atas air kan. Mula la pikir macam-macam.. haha..

Jangan risau perasaan je. Tapi kalau yang skypool nie tak de apa yang nak dibimbangkan.




Maka bertambahlah lagi usia di tahun 2021. Apa yang Fiza harapkan dan doakan, semoga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia bersama keluarga yang tersayang. Terima kasih atas doa kawan-kawan yang pm tepi, yang wish kat fb, ig. 

Rasa terharu sangat. Terima kasih juga pada en. suami kerana selalu berusaha membahagiakan diriku ini. Buat anak-anak juga, terima kasih kerana hadir dalam hidup mama. 

Baca staycation penuh --> Pengalaman menginap di Skypool Villa, PD 

Wassalam.

 

Post a Comment

2 Comments

  1. Wahhh.. Bestnyaaa!! Stay situu.. Tak pernah la tidoq atas air.. hehe

    ReplyDelete