Pusat Bowling untuk kanak-kanak, Bowl America Washington i-City

Assalamualaikum. Zaman belajar kat Universiti Malaya dulu Fiza suka pergi main bowling dengan kawan-kawan. Waktu pertama kali main bowling dekat Sunway Pyramid. Best betul main bowling. Balik lengung habis tangan. Sejak tu bila ada waktu free, tempat paling dekat Mid Valley tapi tak suka sangat situ sebab dia buat macam ala disco gelap lagu kuat. Nak main bowling pun tak tenteram.

Jadinya suka pergi main kat Berjaya Times Square. Situ pun okay lane dia tak licin, boleh la untuk pemain amatur macam kita nie. 


Pusat Bowling untuk kanak-kanak, Bowl America Washington i-City | Lepas kahwin sebelum ada anak pun pergi main bowling, paling dekat One Utama. Main bowling memang best. Kebetulan pula masa staycation kat Best Western i-City, kami dapat free entrance untuk main bowling di Bowl America Washington i-City. Memang bowling untuk kanak-kanak.

Masuk dengan scan i-City SuperApp

Ada terbaca bowling ini memang sesuai untuk kanak-kanak. Jadinya nak tahu juga kan macam mana bowling kanak-kanak nie, orang dewasa boleh main juga ke. Jawapannya boleh la. Untuk main kat sini korang kena install i-City SuperApp. Mula-mula scan i-City SuperApp dulu, dah confirm boleh masuk barulah scan My Sejahtera.

Macam biasa, wajib pakai stokin, bawa sendiri lagi bagus dan tukar kasut bowling. Untuk Huwainaa kami pakaikan stokin dan selipar je sebab kasut tak de saiz.


Jom.. bowling time!! Lane dia pun simple, tak jauh, bowling ball tiada lubang kecil 3 tu, just bulat. Bola tak berapa berat, Huwainaa pun boleh angkat. 

Penat kita berehat sekejap




Kecewa bola asyik masuk longkang


Kami dapat main 2 set. Memang puas hati. Tengok memang bowling nie untuk kanak-kanak tapi kita yang dewasa nie nak dapat strike pun bukan senang tau sebab bola dia pun kecil. Baru berangan nak strike semua, susah jugak rupanya. 




Lepas main bowling kita jalan-jalan kat centralWalk i-City. Deco kat sini memang cantik. Sesuai la untuk bergambar. Ada patung-patung haiwan, ada tema ala arab. Susah nak cerita lebih melainkan korang datang berjalan kat sini. 




Nak balik ke hotel perlu lalu i-city Gate A, kalau malam kat sini la tempat yang penuh lampu tu. Kami lalu waktu siang. Barulah nampak segala patung-patung dan replika haiwan kat sini. 








OTW balik hotel dan nampak penjual mula berniaga belon lampu. Anak memang start mengamuk la nak satu. Padahal belum malam lagi. Terpaksa la beli dulu, malam karang pun memang nak turun sini semula jalan-jalan tengok lampu je dulu. Sebab aktiviti bermain dengan All Day Happyness Pass kami akan gunakan esok.


Lepas dinner kat hotel, balik mandi dulu solat, baru kami turun semula. Barulah rasa segar sikit sebab lenguh kaki berjalan petang tadi dah terasa. Malam krismas tak la meriah sangat mungkin sebab malam sabtu kan. Rasa best je bila tak ramai orang nie.


Layan cotton candy dulu


Stress pulak kita tengok muka Hello Kitty yang macam tikus nie. Haisyyy tak pela sebab nak makan kan. Tapi memang kita tak puas hati.. haha.. 


Habis sudah hari pertama, dari check pukul 3 petang tadi, boleh baca kat sini --> Staycation 3 hari 2 malam di Best Western i-City Shah Alam , kami pulang ke hotel pukul 11 malam untuk berehat. Esok bermula perjalanan yang amat memenatkan tapi enjoy.

Nantikan entry seterusnya. 

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments