Pengalaman bawa anak ke Klinik Pergigian Iman, Sg. Buloh

Assalamualaikum. Kalau cerita pasal sakit gigi memang tak boleh dibawa berunding. Dia punya sakit entah la..tak dapat dibayangkan. Rasa serik betul. Itu pengalaman sendiri. Kalau pengalaman suami pun, sama. Klinik gigi berdekatan dengan kami area Sg. Buloh nie ada, klinik gigi Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh Klinik Pergigian Iman. Suami memang rajin dapatkan rawatan gigi di sini, cuci gigi, cabut gigi semua kat sini. 


Pengalaman bawa anak ke Klinik Pergigian Iman, Sg. Buloh | Pertama kali pula untuk Fiza dan Thaqif. Ceritanya gigi Thaqif nie dah lama goyang. Gigi susu depan. Kalau ikutkan boleh je cabut sendiri tapi tak berani. 

Jadi cerita macam mana boleh ke sini, tiba-tiba dia menangis cakap gigi goyang dia dah sakit sangat, lepas tu dah berdarah. Fiza tahu Thaqif nie dulu memang takut sangat pergi klinik. Sampaikan dia pernah ada pengalaman cabut gigi secara bius penuh di Pusat Pergigian Uitm Sg. Buloh.




Bila Thaqif minta sendiri nak ke klinik, mungkin dia betul-betul tekad. Dah besar anak mama sorang nie. Jadi terus buat appointment dengan klinik. Sebab sekarang nie kalau nak dapatkan apa2 rawatan, pertemuan semuanya perlukan appointment yer. Dah tak boleh terjah-terjah. Apatah lagi nak bawa satu kampung untuk teman. Paling kurang pun seorang peneman untuk warga tua dan kanak-kanak. 

Lagi satu, mana-mana klinik pun berkehendakkan individu yang datang cukup 2 dos vaksin. Bayangkan kalau tak vaksin, macam manalah nasib anak-anak dan kita juga. 


Esoknya jam 11 pagi, terus Fiza bawa Thaqif, seingat Fiza hari Jumaat. Best juga bila sampai tiada pesakit sebab semua yang datang ikut temujanji. Kan lebih selesa macam ini. Sebab itu bila fikir-fikir pandemik yang melanda nie kadang-kadang ada hikmahnya. 



Tak sampai 5 minit doktor gigi panggil masuk, Thaqif pun relax je naik atas kerusi cabut gigi tu. Dapat spek lindung mata, buka mulut, doktor sapu ubat kebas, goyang-goyang gigi, tup tercabut. Alahai dah nak tercabut rupanya, senang. Sebabkan mama takut, berbayar la jawabnya. 




Alhamdulillah selesai. Tengok dah ada gigi baru nak tumbuh. Patutlah gigi dah goyang sangat. Update terbaru pun gigi bawah depan Thaqif dua2 dah cabut. Satu lagi pun goyang dan kami cabut di rumah sahaja. Gigi baru dah ada jadinya darah pun tak banyak. 

Macam nielah antara pengalaman nak membesarkan anak. Bab gigi nie antara yang perlu kita sebagai ibu bapa hadapi. Perkhidmatan dan layanan di sini memang terbaik. Oh ya, harga cabut gigi susu RM50. 

Klinik Pergigian Iman, Sg. Buloh terletak di No. 14-A, Masgenuine Square, Lorong Melati, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor. No tel : 03-6038 1627

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments

  1. assalamualaikum.salam singgah. cantik interior design klinik gigi tu. berani betul thaqif mintak cabut gigi. good boy.

    ReplyDelete