Pengalaman 'Shooting' untuk Home Tester Club Malaysia dan Dutch Lady MaxGro

Assalamualaikum. Pengalaman memang tak dapat dibeli. Peluang dan ruang juga datangnya dari Allah. Maka apa jua yang kita dapat, haruslah bersyukur. Fiza juga tidak menyangka akan melangkah kaki lebih jauh dalam dunia blogging sehinggakan dipanggil untuk shooting oleh Home Tester Club Malaysia (HTCMY). Jadinya, mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana boleh terlibat, Fiza pun nak share pengalaman penggambaran 'shooting' yang bukan sahaja melibatkan diri Fiza sendiri malah dengan anak-anak.


Pengalaman 'Shooting' untuk Home Tester Club Malaysia dan Dutch Lady MaxGro | Cerita bermula apabila Fiza memberikan anak susu Dutch Lady Max Gro yang pada mulanya ia baru diperkenalkan. Cerita pengalaman memberikan susu tersebut juga Fiza ada review di blog.

Bacaan berkaitan : Review Dutch Lady MaxGro

Lepas itu ada lagi, Thaqif siap menang barangan Upin Ipin dari pada peraduan Dutch Lady MaxGro. Boleh baca sini kalau nak tengok hadiahnya. Jadi nak pendek kan cerita, Fiza perlu hantar video pendek bercakap depan kamera untuk dishortlisted kan oleh pihak HTCMY. Maknanya calon ramai, tapi Fiza memang tak berharap sebab ramai lagi parents yang berbakat di luar sana.

Iklan pendek, dikirimkan oleh adik ketika menonton IQiyi

Tak sampai beberapa minggu Fiza dan anak-anak dipilih untuk menjalani sesi penggambaran di lokasi yang ditetapkan sekitar area Damansara awal bulan Januari 2021. Masa dapat mesej tu terus rasa berdebar dan rasa nak tarik diri pun ada. Sebab ini memang pengalaman Fiza yang pertama kali. Macam-macam dalam otak nie. Persediaan hanya 2 minggu.

Baju dihantar ke rumah untuk sesi penggambaran

Rasa berdebar sepanjang 2 minggu memang tak dapat digambarkan. Kemudian diumumkan PKP untuk Negeri Selangor yang mana sesi penggambaran terpaksa ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Time tu rasa lega la juga, dan pada 20 Mac 2021, kami dipanggil untuk meneruskan penggambaran. Waktu nie, berdebar tu memang dah kurang sebab rasanya persediaan memang dah lama dan tiba masanya untuk buang segala serabur yang ada.

Huwainaa di make up

Pengambaran waktu PKP memang susah. SOP pun memang ketat. Bukan apa bagi memastikan semuanya selamat. Jadinya selepas makan tengah hari, Fiza pun di make up oleh make up artist, sampai lain muka dibuatnya, jadi kita redho jelah. Yang penting muka nampak peloles. Shooting nie sebenarnya tak susah sebab lebih kepada memberi pendapat tentang susu Dutch Lady MaxGro yang kita dah berikan pada anak. Tapi kelemahan Fiza sendiri apabila nampak terlalu gugup depan kamera dan crowd yang ada.


Kamera pula bukan satu, kiri kanan, lighting banyak. Hanya tuhan je yang tahu waktu tu. Pengalaman pertama yang banyak mengajar Fiza macam mana dunia shooting nie sebenarnya. Bab nak bercakap itu memang terus terang Fiza cakap, Fiza takut. Fiza takut tak boleh buat yang terbaik untuk client yang berikan kita kepercayaan untuk menjayakan program mereka. Berapa kali 'cut', berapa kali ulang soalan dan jawapan. Berpeluh ketiak dibuatnya. Hampir 3 jam juga sesi untuk Fiza sendiri.


Tak habis situ, sesi dengan anak-anak pula. Bab berlakon tanpa skrip tak jadi masalah buat Fiza tapi masalah buat Thaqif dan Huwainaa pula. Alahai susahnya nak handle anak-anakku nie. Dorang boleh buat apa yang disuruh tapi bab minum susu tu lah, sekali dua kali minum okay, last2 anak buat hal. Adoi. Nak buat macam mana, mujur krew2 penggambaran memang memahami situasi. Bukan senang nk handle dorang ini. Suruh minum susu, senyum, mama faham korang pun pestime. 



Habis dua sesi, sesi terakhir bab bancuh susu. Yang nie paling senang, bancuh sambil senyum. Tiada masalah buat Fiza. Time nie dah mula rasa lapang. Anak-anak pun main sendiri, Fiza boleh fokus terus untuk habiskan penggambaran tanpa bercakap.




Dalam pukul 6 petang, semuanya selesai. Cuma nak tunggu hasil video je. Memang Fiza lega sebab sebelum tu rasa memang tak berdebar sungguh. Sampaikan rasa, kalau video tu keluar, tak nak tengok. Malunya. Macam tak layak je.

Alhamdulillah, pada bulan Jun 2021, video tersebut telah dipublish di Youtube Dutch Lady Malaysia. 







Hamper Dutch Lady untuk dibawa pulang

Payment dapat, hamper dapat dan paling best pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. Sangat berharga dan akan Fiza kenang sampai bila-bila. Untuk Huwainaa dan Thaqif pun, ini pengalaman buat mereka, walaupun mereka kurang faham apa yang berlaku, yang tak boleh dilupakan minum susu sampai kembung, itu akan Fiza ceritakan kat dorang bila besar nanti. Senang cerita, suruh je anak baca apa yang mama tulis nie.

Terima kasih sebab sudi baca pengalaman nie. Sudi-sudilah tonton video kami di youtube Dutch Lady MaxGro. Nak bagitahu kita sampai sekarang malu nak tengok lagi. 

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments