Mangiamo!! Marrybrown Eatalian sedap sangat, banyak pilihan set, hidangan besar dan berbaloi

Assalamualaikum. Semenjak dua menjak nie memang mood sangat-sangat ke laut. Mujur ada suami dan anak-anak yang buatkan kita semangat untuk teruskan perjuangan hidup. Sedih juga bila setiap hari ada sahaja berita kematian disebabkan Covid-19. Ahli keluarga, sahabat, kawan-kawan yang kita kenal, tak kenal, pendek kata ada sahaja. Itu belum lagi kenalan yang terkena wabak ini. Baca kisah mereka, memang rasa betul-betul terkesan dan sedih. Susah nak na cerita, buatkan sampai nak tidur pun masih memikirkan macam mana nasib kita nanti.

Itulah yang kita sedang alami. Tapi alhamdulillah dalam keadaan begitu rezeki untuk menikmati menu terbaharu Marrybrown Eatalian masih ada. Rezeki Allah. Bagi peminat Marrybrown, untuk entry kali ini, Fiza nak review Marrybrown Eatalian yang mana menu terbaharu ini telah pun dirasmikan pada 5 Ogos 2021 yang lalu.



Mangiamo!! Marrybrown Eatalian sedap sangat, banyak pilihan set, hidangan besar dan berbaloi  | Untuk kali ini, bagi rakyat Malaysia yang ingin menikmati keseluruhan pengalaman Eatalian atau untuk berkongsi dengan sesiapa yang kita sayangi, Marrybrown Eatalian didatangkan dengan menu 3 set pilihan iaitu MB Spaghetti, MB Spaghetti Combo dan MB Italian Box Meal. 

Istimewa lagi, MB juga memperkenalkan MB Italian Cheesy Rice Bites yang mana dijamin menjadikan rakyat Malaysia menjadi "MMMMM" dengan hanya satu gigitan. 



Sempena meraikan ulang tahun ke-40, Marrybrown (rantaian makanan segera Halal terbesar di negara ini) telah meningkatkan prestasi dengan memastikan bahawa mereka tetap setia pada misi mereka ketika menyediakan sesuatu yang berbeza. Dengan mencetuskan semangat kembara di Malaysia, mereka menyediakan makanan bertema Around the World terbaru mereka, Marrybrown Eatalian.

Dengan Spaghetti MB yang dimasak dengan sempurna, peminat dapat menikmati makanan yang enak disajikan dengan sos bolognese ayam yang sangat kaya dan kuat dihiasi dengan ramuan dan keju terbaik. Boleh pesan ank Ala carte spagehetti atau kombo MB Spaghetti yang digandingkan dengan Crispy Chicken dan air Coca-Cola yang menyegarkan bermula dari harga RM19.90.

MB Spaghetti 

Dapatlah rasa pengalaman Eatalian dengan MB Spaghetti yang disajikan dengan sos ayam bolognese yang kaya dengan keju dan ramuan terbaik.


Nak lagi puas, order MB Spaghetti Combo dan MB Italian Box Meal. Dalam meal box ada Cheesy Rice Bites dan Mushroom Soup Itali yang baru. Betul2 rasa pengalaman menikmati hidangan Eatalian sepenuhnya. Peminat makanan MarryBrown masih boleh menikmati 'Ayam Rangup', dan ia tersedia dalam tu setiap combo dan box meal dengan harga seperti di bawah.

MB Spaghetti – price from RM13.90
MB Spaghetti Combo – price from RM19.90
MB Italian Box Meal – price from RM27.90
MB Italian Cheesy Rice Bites
○ Add-on – price from RM3.50
○ Single - price from RM4.40
Mushroom Soup
○ Add-on – price from RM2.50
○ Single - price from RM3.80

MB Italian Box Meal

MB Italian Cheesy Rice Bites

Burger ayam MB memang favorite Fiza

Mushroom Soup

Sedap dan berbaloi

Kalau nak bagi rating, memang Fiza akan bagi 10/10. Rasa spaghetti memang sedap sangat. Tak masam, cukup rasa semua. MB Italian Cheesy Rice Bites pula bagi Fiza memang menu yang kreatif, nasi dalam bentuk bebola. Anak-anak Fiza pun suka dengan bebola nasi nie. Pendek kata memang kami akan repeat lagi.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan di lebih dari 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan anda yang sempurna.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila lawati:

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my 


#MBEatalian #Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MB40thAnniversary #MBAroundTheWorld 

Post a Comment

1 Comments

  1. Semua nampak sedap. Marry Brown sini agak jauh. Tapi nak g cari lah wiken ni

    ReplyDelete