Sambutan Hari Jadi ke-3 Huwainaa Khayra bertemakan Unicorn Pony

Assalamualaikum. Syukur kerana masih dapat melangsungkan majlis hari jadi di kampung. Walaupun dalam suasana yang tidak mengizinkan, Fiza tetap berusaha untuk buatkan sambutan hari jadi Huwainaa di kampung mertua meriah walaupun dengan kehadiran ahli keluarga sahaja.




Sambutan Hari Jadi ke-3 Huwainaa bertemakan Unicorn Pony | Biasalah musim Covid, mana boleh jemput tetamu. Tetapi memang niat untuk sambut dengan ma dan abah sahaja. Macam biasa persiapan dibuat dari rumah Fiza lagi. Semuanya Fiza angkut balik kampung kecuali kek dan cupcake. Kerana tema untuk kali ini adalah unicorn, mestilah nak cari kek bentuk unicorn juga kan. 


Happy 3rd Birthday Huwainaa Khayra


Contact person yang jual deco cake Fiza ambil di IG. Bila tengok hasil kerja tangan dia, kek-kek yang dia hasilkan, memang Fiza sangat tertarik dan terus mesej walaupun 2 minggu awal. Semua untuk pastikan yang majlis ini tidak gagal. 

Alhamdulillah, pembuat kek tersebut menerima tempahan cuma masalah penghantaran kerana jauh. Tetapi itu semua perkara kecil, janji kek ada. Harap Huwainaa gembira bila dapat tengok kek dia yang comel. 

Unicorn chocolate Cake


Majlis berlangsung pada 23 Disember 2020. Dengan itu, genaplah umur Huwainaa 3 tahun. Satu-satunya anak perempuan Fiza yang nampak lembut tapi kalau dia mengamuk habis barang dia baling. 

Bila tengok deco dan baju yang Fiza belikan untuknya, memang nampak riak wajah Huwainaa gembira tak terkata. Mama pun rasa puas hati dengan segala hasil kerja sendiri dengan bantuan anak-anak saudara meniup belon-belon yang ada.

Cup cake unicorn


Keluarga kecil kami


Mama pun nak bergambar juga


Keluarga sebelah mertua meriahkan majlis


Huwainaa buat persembahan lagu dan tarian Blackpink


Abg Thaqif pun seronok sangat


Majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya membantu termasuk abah yang beria gantung belon deco, lampu kelip-kelip. Seronok sangat. 

Happy 3rd Birthday Huwainaa Khayra. Semoga Huwainaa membesar dengan baik, jadi anak yang soleh dan mama sentiasa doakan Huwainaa sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Amin. 

Tema unicorn untuk Huwainaa telah mama tunaikan. Lepas ini nak buat birthday Abg Thaqif pula, dia dah tuntut kek kipas. Tema kipas la agaknya lepas ini. 


Wassalam.

Post a Comment

2 Comments