Review Dutch Lady MaxGro 1- 9 tahun terbaharu

Assalamualaikum. Salam hari minggu buat pembaca blog fizaizawa.com. Syukur alhamdulillah sebab hari ini Fiza diberikan peluang dan ruang untuk menulis. Nak menulis memang perlu ada mood dan idea. Paling penting anak boleh bagi kerjasama. 

Cerita pasal anak, ikutkan dah lama Fiza tak tukar susu formula anak-anak. Tapi kebetulan rezeki, anak-anak Fiza diberikan peluang untuk mencuba susu terbaharu Dutch Lady MaxGro 1- 9 tahun.


Review Dutch Lady MaxGro 1- 9 tahun terbaharu | Pertama sekali yang menarik minat Fiza dengan susu ini adalah had umur yang sangat sesuai dan boleh diberikan kepada anak-anak Fiza. Dengan kata Thaqif dan Huwainaa boleh berkongsi susu yang sama dan tak perlu nak belikan susu formula lain ikut umur tertentu.

Membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan*


Penerangan Produk

DUTCH LADY MaxGro adalah makanan pendietan berformula berasakan susu untuk kanak-kanak yang berumur antara 1-9 tahun. Ia dirumus khusus untuk menyokong si manja dengan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan* bagi memastikan si manja mempunyai pemakanan yang lengkap dan seimbang.

Dirumus berdasarkan hasil kajian SEANUTS 2012, DUTCH LADY MaxGro membantu kanak-kanak Malaysia yang mengalami risiko pemakanan atau pertumbuhan yang kurang memuaskan, dengan membekalkan nutrien-nutrien penting untuk menyokong perkembangan dan pertubuhan kanak-kanak.

*80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrient terpilih daripada saranan pengambilan nutrient yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.

Mengandungi 9 Essential Amino Acid dan DHA


Anak-anak suka akan rasanya

Paling mudah nak sediakan susu formula untuk Thaqif dan Huwainaa dengan Dutch Lady MaxGro. Dua setengah sudu besar pun sudah cukup untuk sekali minum. Cuma perlu ikut bilangan penyusuan yang disyorkan sahaja.

Dutch Lady MaxGro dirumus khusus bagi membantu menyokong tumbesaran si manja. Di samping ia juga:

Tinggi nutrien
Mengandungi 9 Essential Amino Acid dan DHA
Tinggi kalsium
Tinggi Vitamin D


Susu ini membantu anak-anak Fiza untuk dapatkan pemakanan yang lengkap kerana 80% nutrien harian terkandung dalam Dutch Lady MaxGro. Semuanya adalah untuk menyokong perkembangan dan pertumbuhan mereka.

Terima kasih kepada Home Tester Club Malaysia kerana beri peluang untuk anak-anak Fiza merasai susu Dutch Lady terbaharu ini.

DUTCH LADY MaxGro boleh juga dibeli terus di Shopee Mall ---> Dutch Lady Official Shop

#htcmyxDutchLadyMaxGro #DutchLadyMaxGro #DLMaxGroTinggiDalamNutrien #hometesterclubmy

Wassalam.

Post a comment

5 Comments

  1. ni kalau anak dah besar, boleh bago dia minum ni

    ReplyDelete
  2. Suka anak-anak minum susu dutch ladt tu yea, susu ni mmg bagus sekali

    ReplyDelete
  3. Wah nice one. Shad suka jugak susu tepung from this brand. Anak2 nk membesar, mmg sebaiknya kita sediakan mknn yg seimbang untuk keperluan mereka kan..

    ReplyDelete
  4. Jenama yg jadi pilihan ni kan..elok la bg anak2 minum utk kecerdasan mereka

    ReplyDelete
  5. anak saya sekarang minum susu dhl123. ingat nak cuba juga susu baru ni.

    ReplyDelete