Find us on Facebook

Hello Kitty Carrier Mc Donalds viral jadi rebutan

Assalamualaikum. Salam hari minggu. Macam mana hari-hari korang semua sepanjang tempoh PKP Fasa 2 nie, harap korang kekal sihat dan duduk di rumah yer. Bila ada masa Fiza pun ambil kesempatan untuk kemas stor. Alamak terjumpa Hello Kitty Carrier yang satu ketika viral di soc med. Tak sempat nak update dalam blog, dah ada masa nie, kita update jelah.


Hello Kitty Carrier bukan untuk dijual | Bukan untuk dijual yer. Viral jugak pasal Hello Kitty Carrier nie kerana ada yang menjualnya semula dengan harga RM 3,000. Memang pergi haji balik hari macam nie.

Bagi yang tak tahu ini adalah Hello Kitty Carrier yang mana ia digunakan di dalam kereta sebagai carrier untuk meletakkan air dan fries mcD. Sebenarnya tiada yang istimewa pun pasal carrier nie. Yang jadikan ia rebutan dan kenapa Fiza hendak dapatkan sangat adalah kerana ianya Hello Kitty.



Comel sangat kepala Hello Kitty nie. Reka bentuk sempurna lepas tu besar. Kalau tak grab memang rasa rugi sangat. Jadinya Fiza beli 2 terus. Dua kali lalu drive thru untuk dapatkan 2 carrier nie. Tak kisahlah orang nak kecam ke apa sebab beli 2, janji ada koleksi limited edition nie. 






Nak buat hiasan pun boleh. Peminat Hello Kitty mesti dah dapatkan jugak koleksi limited edition Hello Kitty Carrier nie kan. Buat masa nie pun kita simpan je dalam stor dulu. Sayang pula nak pakai. Nie lah perangai, dah ada simpan. Hehe.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. alolo comelnya carrier tu..:)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Rebutan suatu ketika dulu di mcd 😁

    ReplyDelete
  3. Ms viral haritu kawan ummi minat sgt tp dikawasan die da habis stok.. wah sampai rm3k eh diorg jual balik.

    ReplyDelete