Find us on Facebook

Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Bagaimana lafaz niat puasa Ramadhan secara harian dan sebulan? Doa berbuka puasa?  Ini rujukan untuk kita semua umat islam yang akan bermula puasa esok. 


LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN (HARIAN) BESERTA BACAAN RUMI

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala




LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN SEBULAN (SEPENUHNYA)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala





BACAAN DOA BERBUKA PUASA


Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang


Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga Bulan Ramadhan kali ini  memberikan kita banyak ganjaran pahala. In syaa Allah. 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments