25 MOMMY BLOGGER MALAYSIA TAHUN 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW

Assalamualaikum. Hashtag momblogger. Itulah # yang selalu Fiza letakkan setiap kali  posting dalam media sosial. Apa yang dikatakan mommy blogger tu? Bagi Fiza senang je, seorang mommy yang ada blog tak kisahlah blognya berkisahkan mengenai keluarga, masak-masak, event dan review, percutian, perkongsian ilmu serta pengalaman yang penting dia selalu menulis di blog dengan niat hendak berkongsi dengan para pembaca. 

Memang salute sangat dengan full time mommy blogger yang mana disamping menguruskan rumah tangga, masih sempat lagi untuk menulis.  Tak lupa juga mommy yang bekerja di sektor awam atau swasta, yang selalunya menggunakan gelaran blogger separuh masa. Jadinya, tak kisahlah kan, sepenuh masa atau separuh masa, ada blog, boleh menulis, seorang mommy, jadilah mommy blogger. Itulah, mukadimah. Jadi jom terjah...




#1 Blogger Siti Awadah

www.sishawa.com

Siapa tak follow Sis Awa nie memang rugi besar. Seorang yang sangat berpengetahuan dalam penulisan blog. Serius cakap Sis Awa nie banyak membantu Fiza dalam dunia blogging nie. Ilmu dia bukan biashe-biashe tau. 


#2 Blogger Nor Azlina

www.ehbelogaku.com
Suka memasak? Nak resipi? Terjah dan follow jer blog Ina nie. Baru juga kenal blogger Ina nie. Kalau resipi baking, roti jangan segan. Full time mommy blogger yang wajib korang follow. 


#3 Blogger Khalisa Hazrina

www.khalisahazrina.com

Hi! My name is Lisa. I'm mom of two and working from home mom. I'm also freelance content creator. I love sharing about well balanced life and motherhood journey. Ini intro yang korang akan baca di ruangan About Me blogger mommy Lisa. Beliau rajin kongsikan pelbagai tips dan ilmu keibubapaan.


#4 Blogger Mimi Azirah 
www.mimiazirah.com
Suka pink? Boleh follow blogger Mimi. Tapi bukan sebab warna pink. Kalau korang tengok blog Mimi ini antara blog yang kemas Fiza pernah lawati. Cantiklah blog mimi. Adore sangat. Eh.. lupa bukan nak komen pasal blog, tapi blog ini mempunyai pelbagai perkongsian yang korang boleh baca seperti review filem, kecantikan dan juga ilmu keibubapaan.


#5 Blogger Fadzi Razak

www.fadzirazak.com
Apa yang Fiza suka pasal blogger Fadzi ini adalah patience dia mengambil gambar. Photografi dan gambar yang Fadzi postkan di sosial media memang terbaik. Kalau blog pula memang tidak dinafikan cara penulisan yang mudah difahami dan beliau antara blogger yang menjadikan penulisan blog sebagai hobi. Perkongsian mengenai percutian keluarga, resipi masakan dan paling best baca food review. Kalau nak cari tempat makan best, korang follow jer blogger Fadzi nie.


#6 Blogger Azlinda Alin 


www.azlindaalin.com
Tak tahulah kenapa bila Fiza menggelarkan blogger Linda nie blogger TollyJoy. Mungkin sebab Fiza mula kenal dengan mommy Linda nie semasa join contest TollyJoy anjuran Blogger Linda. Seorang wanita bekerjaya yang berjaya dalam dunia kerjaya dan juga blogging. Memang patutlah korang follow Linda nie kalau nak tahu lebih lagi mengenai penulisan beliau.


#7 Blogger Aida hanafiah
www.adianiez.com
Mommy 2 cahaya mata yang selalu menceritakan mengenai kisah anak-anak, travelogue percutian, tips dekorasi dalam rumah, resepi masakan dan review produk serta servis. Blogger Aida juga merupakan wanita bekerja disamping menulis blog.



#8 Blogger Maria Firdz 

https://www.mariafirdz.com/
Blogger Maria merupakan seorang Guru, dan mommy kepada 4 orang anak. Dah lama juga kenal blogger Maria nie dalam dunia blogging tetapi tak pernah lagi bersua muka. Banyak tips, ilmu yang bermanfaat yang selalu beliau kongsikan. Rugi kalau korang tak follow tau. 


#9 Blogger Fuzy Rahmah 

www.iamfuzy.com

Kak Fuzy yang sangat lemah lembut dan merupakan salah seorang blogger mommy yang sangat rajin menghadiri event review. Pernah beberapa kali juga Fiza bertemu dengan Kak Fuzy nie. Tutur katanya penuh sopan dan teratur sangat. Nak kenal lagi, jangan lupa jadi follower Blogger Kak Fuzy.


#10 Blogger Shalimar

www.shalimaryusof.com

Mula berblogging tahun 2010. Lama juga, 10 tahun berblogging dan sehingga kini masih aktif. Blogger Sha seorang wanita berkerjaya dan paling adorenya, Fiza tak tahu umur Sha nie berapa tapi wajah dia memang nampak muda. Boleh lah kongsi tips awet muda yer Sha. 


#11 Blogger Nurul Sakinah


www.apekinah.com
Blogger kecil molek yang mempunyai seorang anak dan bakal tambah lagi. Hehe. Merupakan blogger sepenuh masa dan selalu juga menghadiri event. Banyak kali juga bertemu dengan blogger Kinah, orangnya lembut je. Blogger Kinah juga banyak membuat penulisan review produk kecantikan. Fiza juga suka dengan cara penulis blogger Kinah yang mudah untuk dibaca dan teratur.


#12 Blogger Siti Rohaida 

www.kisahsidairy.com
Blogger Johor dan memang Fiza dah kenal lama dengan blogger Kak Eda nie dalam dunia blogging. Kak Eda selalu berkongsi mengenai perihal anak di blog beliau. Selain itu juga terdapat juga tips, ilmu, travelogue dan juga produk review yang selalu kak Eda kongsikan. Dulu Fiza rajin singgah di blog Kak Eda ini cuma sekarang ini je waktu tidak banyak untuk blogwalking. Korang jangan lupa follow yer. Blog kak Eda best.


#13 Blogger Fiza Rahman
www.fizarahman.com
Nama blogger kami sama. Sudah hampir 11 tahun dalam dunia blogging. Lama juga tu tapi Fiza baru kenal Fiza Rahmah nie tahun lepas di media sosial. Mommy anak 4 yang juga berkerjaya menjadikan blog sebagai platform untuk berkongsi resipi dan ilmu keibubapaan. You're really supermom Fiza Rahman.

#14 Blogger Cahaya hayati
www.yatizul.com
Dengan niche blog lifestyle, beauty dan parenting, mommy Cahaya Hayati telah pun berada dalam dunia blogging sejak tahun 2010 lagi. Kiranya dah 10 tahun juga. Ada produk review dan juga catatan perjalanan yang dikongsikan di blog beliau. Jemputlah follow yer.



#15 Blogger Shahada Fauzi

www.shahadafauzi.com
Mula Fiza kenal blogger Shahada di sosial media yang mana dia nie adalah blogger mommy dan juga freelance designer. Kalau ada yang berminat untuk buat blog, nak design dan tanya pasal servis blog, boleh follow blogger Shahada. Beliau juga rajin update cerita mengenai diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Untuk kenal lagi, boleh lah terjah blog Shahada Fauzi.



#16 Blogger Izarra Qistina

  www.ummizarra.com
Kalau dikirakan blogger Ummi Zarra di boleh dikategorikan dalam kategori blogger mommy dengan niche travel, beauty dan parenting. Pelbagai perkongsian yang Ummi Zarra kongsikan buat pembaca. Fiza paling suka baca mengenai produk yang beliau review. Selain itu ada juga perkongsian mengenai info sihat, event dan juga resipi khas untuk follower dan pembaca.




#17 Blogger Chinta Artie

www.kakgojes.com

Blogger yang berasal dari Daerah Ranau, Sabah. Blogger Chinta Artie mula berblogging sejak tahun 2008. Mommy anak 4 yang masih bekerja dan mempunyai hobi membaca novel, menulis novel dan cerpen. Memang salute betul mommy yang masih mempunyai hobi membaca novel ini sebab Fiza sendiri pun susah nak luangkan masa untuk membaca. 


#18 Blogger Eswati Azni
 https://modernmumthingy.com

Kak Azni, apa yang Fiza boleh gelarkan yang beliau ini kategori Mommy gorgeous dan moden. Muka awet muda sangat tau. Kak Azni suka travel, suka baca pengalaman travel yang dia tulis di blog. Gambar-gambar pun cantik-cantik. Jadi kalau korang belum follow blogger Eswati Azni harap follow. Rugi kalau tak kenal Kak Azni nie.

#19 Blogger Noor Liza

www.mrsliez.com
Blogger mommy yang suka kongsi resipi masakan. Pernah bertemu sekali masa event pembukaan segi Fresh Bukit Beruntung. Orangnya ramah dan ceria. Selain itu blogger Liza juga rajin menghadiri event dan review mengenai kecantikan. Kalau nak dapatkan juga tips dan ilmu keibubapaan, boleh follow blogger Liza.

  

#20 Blogger Shamiera
www.shamieraosment.com

Siapa sangka mommy muda ini dah ada 4 orang. Tak silap Fiza dia nie satu kampung dengan Fiza, blogger datang dari Bentong Pahang. Tapi kami tak pernah kenal melainkan di media sosial. Banyak perkongsian mengenai review kecantikan dan keibubapaan. Rajin juga tengok Shamiera hadir untuk cover event.




#21 Blogger Alia Farhan

www.aliafarhan.com
Blogger mommy dengan niche cooking | parenting | travel | . Kalau baca di blog Alia nie, memang banyak perkongsian mengenai masakan. Buat lapar betullah. Kalau tiada idea nak masak apa, korang pergi je blog nie. Mesti dapat idea. 


#22 Zaidalifah

www.bondezaidalifah.com
Blogger mommy yang juga suka baca novel dan menonton drama adaptasi Novel. Mula-mula rase segan juga nak panggil bonde tapi memang nama pena blogger Zaidalifah nie bonde. Berwajah ceria dan nampak peramah. Pot pet pot pet tu comel lah bonde.


#23 Junaidah Mohit
www.ajumohit.com
Kalau tengok blog beliau nie memang lebih kepada niche parenting. Macam-macam tips dan perkongsian mengenai breastfeeding yang sangat bermanfaat untuk dibaca. Selain itu ada juga perkongsian resipi kek-kek kat blog nie. Jadinya memang rugilah siapa yang tak follow tu.



#24 Mrs Pip

www.mrspip.com

Blogger sabahan Mrs Pip yang mana Fiza suka ikuti postnya di Instagram. Kalau di blog pula boleh dikatakan blogger Mrs Pip suka berkongsi mengenai kisah-kisah berkaitan motherhood, review dan perkongsian info terkini. 

#25 Its me

http://www.fizaizawa.com/


Last but not least, kira masuk bakul angkat sendiri ke macam mana. Setelah 9 tahun dalam dunia blogging, rasa bersemangat bila Fiza berjaya mendapat domain blog sendiri. Sudah tiba masa untuk lebih serius dalam dunia blogging. 


Tamat review 25 blogger mommy yang best untuk follow. Fiza juga beruntung kerana berada dalam BITE yang mana ianya sebuah komuniti blogger yang berkumpul demi untuk mencari ilmu yg berkaitan dengan dunia blog. Dengan adanya bimbingan dan tunjuk ajar dari geng BITE MEDIA Consultants, diharapkan semua geng biters semakin maju dalam dunia blogging. 

Untuk review dan maklumat lanjut boleh layari : https://www.bitemediaconsultants.com/

Wassalam.

Post a comment

9 Comments

  1. dalam 25 senarai yg ummi follow no 9 dan no 25 je.hehehe. okey nanti boleh follow yg lain. ;)

    ReplyDelete
  2. firstly tahniah Fiza sbb dah berubah domain...Fiza pun makin aktif kan dan good luck utk semua momblogger ni semua

    ReplyDelete
  3. seronok boleh kenal ramai mommy blogger di Malaysia ni :)).

    ReplyDelete
  4. buat la lifestyle blogger pulak heee

    ReplyDelete
  5. Dulu skodeng senyap-senyap.. Sekaranv dah follow.. Hihi..

    ReplyDelete
  6. Biasanya kalau baca blog mak mak ni, kita senang nak relate sebab kita buat benda benda yang hampir sama kan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... Hai semua 25 mommy memang hebat2 rugi tak follow mereka dengan itu jgn lupa follow Bonde di #22 www.bondezaidalifah.com

    ReplyDelete
  8. Daddy blogger ada x? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete