Find us on Facebook

Harga tiket untuk naik Giant Ferris Wheel di i-City Theme Park

Assalamualaikum. Penghujung tahun 2019 kami sekeluarga sempat ke i-City Theme Park Shah Alam. Lama juga tak jejakkan kaki kat i-City Theme Park nie. Seingat Fiza 4 tahun lepas waktu itu Thaqif masih dalam perut lagi. Kalau pergi pun i-city pun singgah mall jer. Kali kami nak bagi Thaqif dan Huwainaa tengok lampu waktu malam di i-City Theme Park. 


Harga tiket untuk naik Giant Ferris Wheel di i-City Theme Park | Kalau ikutkan i-City Theme Park nie keluasannya sangat besar. Di sini ada City of Digital Lights, Waterworld @i-city dan Fun World. Tumpuan pada waktu malam semestinya City of Digital Lights dan Fun World. Yang mana tempat ini dipenuhi dengan cahaya lampu yang cantik dan berwarna warni. 







Seperti biasa Thaqif memang sangat teruja dengan Giant Ferris Wheel yang seakan dengan kipas yang sangat besar. Bagi yang selalu membaca blog Fiza, Thaqif nie boleh dikatakan sangat obses dengan kipas. Kalau dia nampak kipas memang dia akan belek sampai puas. Bila ke sini, memang Thaqif betul-betul teruja. Sampaikan dia kata nak naik kipas besar. 


Kami layankan permintaan Thaqif untuk naik kipas besar. Harga Tiket untuk dewasa adalah RM 10 per head. Kanak-kanak umur Thaqif tidak dikenakan sebarang bayaran. Bila naik Giant Ferris Wheel boleh nampak seluruh i-City Theme Park tetapi tidaklah berapa jelas kerana waktu malam. Hanya kelihatan cahaya lampu yang bewarna-warni.



Lagi satu, kalau naik pun mereka hanya beri naik untuk satu pusingan sahaja. Kalau ikutkan rasa hati memang tidak puas mana, walaupun putarannya hanya perlahan tetapi rasa terlalu cepat. Naik tahu-tahu dah turun. 





Lagi satu kalau korang ke sini, jangan lupa singgah Snowalk. Kami sekeluarga memang tak berkesempatan lagi untuk masuk main salji di sini. Harga tiket pun boleh tahan juga mahalnya. Bukan berkira, cuma nak bagi Huwainaa besar lagi bagi dia ingat pengalaman main salji tu. Kalau sekarang dia memang tak ingat lagi. Sikit masa lagi boleh la datang main salji pula.

Untuk info lebih lagi, korang boleh layari https://www.i-city.my/. Macam-macam aktiviti bersama keluarga korang boleh buat kat i-City Theme Park. Nak senang ambil je pakej yang dorang tawarkan. Duduk dan stay je situ semalaman. Mesti puas hati.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. faiz da banyak kali request nak masuk tempat salji.. berapa sekalai masuk fiza..ada orang cakap rm90++ /head betul ke..

    ReplyDelete
  2. makin meriah jadinya icity ni dengan macam2 tarikan..
    dulu pegi hambar je.. eheh dulu tu dekat 7 8 tahun lepas =P

    ReplyDelete