Lamanya tak main bowling di Sunway Pyramid

Assalamualaikum. Nak dating dengan suami memang makin susah melainkan anak-anak diletakkan di tempat pengasuh dan kami pula cuti. Barulah ada waktu untuk dating. Sekali sekala apa salahnya kan. Nak dijadikan cerita kami dah lama tak main bowling bersama. Seingat Fiza last main bowling 5 tahun lepas kot. Punyalah lama tak pegang bowling ball.


Kami tekad untuk cuti dan luangkan masa bersama untuk bermain bowling. Walaupun tak pandai mana tapi strike tu ada la dalam 3-4 kali jugak. Kami ambil 2 game sahaja. Game pertama suami menang, game kedua Fiza memang. Tapi bila mata terkumpul suami menang. Biasalah lelaki, kudrat untuk lempar bowling ball lagi kuat dan peluang strike besar.



Selepas berbowling, kami cari tempat makan. Macam biasa favorite kami adalah sushi. Kalau hendak tahu suami Fiza memang pandai makan sushi. Yang masak yang mentah semua dia boleh makan. Fiza pula kalau yang mentah memang tak masuk tekak la. Makan yang biasa-biasa je.

Order secara self service
Menu book yang selalu berubah setiap kali kami ke sini
Favorite takoyaki, mesti ada kalau side dish
Piri Piri Chicken Set
Spicy Yakiniku Set
Kenyang kalau makan set. Itu belum lagi ambil sushi yang bergerak kat tepi meja. Lalu je ambil. Tak ingat nak snap gambar plate warna warni yang kami makan. Tapi yang pastinya sushi mentah Norwegian Salmon memang favorite suami. Suami suruh rasa pun kita tak tergamak. 

Lepas makan kami pun balik, anak-anak menunggu di tempat pengasuh. Best kalau dapat spend time dengan suami, teringat zaman bujang dahulu.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. Lama etul ai tak pergi Sunway Pyramid. Rupa Singa tu pun dah lupa.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya spent masa together-gether hehehe...

    Seronok dapat main bowling Mrs. A pun suka gak layan bowling nih!

    ReplyDelete