Find us on Facebook

Photoshoot Raya di Studio Raya Photoshoot, Rawang

Assalamualaikum. Menjadi kewajipan pula untuk adakan satu kenangan berhari raya dengan bergambar di white studio. Walaupun memang sukar dengan anak-anak yang sememangnya tidak mengerti tujuan bergambar tetapi Fiza tidak berputus asa.
  

Photoshoot Raya di Studio Raya Photoshoot, Rawang | Ini adalah pengalaman kali kedua kami bergambar secara formal dan kali ini di Xclusiveby Izz yang terletak di Bandar Rawang. Perangai dan peel anak-anak memang tidak dapat dipisahkan.



Tahun lepas Huwainaa masih kecil dan senang untuk bergambar dengan dia. Yang jadi masalah hanya Thaqif. Tahun ini kami berdepan dengan kedua-duanya. Macam-macam ragam dan karenah yang kami terpaksa hadapi. Tahan sabar, mestilah.. haha..







Pengalaman dan gambar yang kami ambil memang sangat kami puas hati. Layanan photographer kami puji sangat-sangat kerana usaha untuk mendapatkan gambar yang cantik dengan karenah anak-anak kami bukannya senang.


 
Kita tunggu gambar untuk tahun depan pula. In syaa Allah. Memang untuk kenangan. Tapi gambar yang kami dapat memang sangat-sangat kami puas hati. Terima kasih Xclusiveby Izz Rawang.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Cantik gambar raya awak, yang penting kipas pun masuk sekali..

    ReplyDelete
  2. raya tahun sy takda gambar sekeluarga huhu
    nice photoshoot !

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaa gambar! Nani tahun ni tak sempat pun nak buat photoshoot Raya sebab busy sangat.

    ReplyDelete