Susu Kambing Karihome membantu meningkatkan Sistem Imun si kecil

Karihome Susu Kambing diformulasikan untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak. Ia dirumus khas untuk membantu meningkatkan perkembangan sistem imun kanak-kanan dan sekaligus memenuhi keperluan nutrisi anak kecil yang semakin membesar. 


Susu Kambing Karihome membantu meningkatkan Sistem Imun si kecil | Sistem imun adalah salah satu fungsi tubuh yang sangat penting. Tanpa sistem imun, badan akan mudah diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Oleh, sebab itu, amat penting si kecil mempunyai kekebalan tubuh yang kuat bagi menghindari penyakit sepanjang pembesaran mereka. 

Selain sistem imun, kalsium juga amat penting dalam pembesaran serta perkembangan anak-anak terutamanya dalam pembentukan tulang dan gigi. Pengambilan susu yang betul dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan amat perlu dititikberatkan.


Susu kambing sebenarnya menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan. 

Susu kambing terbaik yang ada dipasaran adalah Susu Kambing Karihome. Ia diimport dari New Zealand, ia dipasarkan di banyak negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.


Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya dan satu-satunya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu di luar sana tidak perlu bimbang untuk mengguna susu kambing Karihome.

Keistimewaan Karihome Susu Kambing adalah ianya 99.8% susu kambing semula jadi


1. Sangat sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas. 

2. Mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi secara semulajadi dan boleh meningkatkan ketumpatan tulang. 

3. Mengandungi 4 bahan bioaktif 
  • Nukleotida 
  • Taurina 
  • Asid sialik 
  • Kasein fosfopeptida 
4. Mengandungi "Medium Chain Fatty Acis (MCT) yang tinggi dimana MCT adalah sejenis lemak yang dapat meningkatkan penyerapan vitamin dalam badan kita. 

Perlindungan Tambahan yang terdapat dalam Karihome Karihome Goat Milk : 

  • Nukleotida - Molekul DNA yang menyokong perkembangan sistem imun kanak-kanak 
  • Zink - Mengekalkan sistem imun yang kuat, membantu dalam penyembuhan luka dan menyokong pertumbuhan kanak-kanak. 
  • Asid sialik - Mencegah jangkitan bakteria 
  • Selenium - Antioksida yang boleh menguatkan sistem imun dan memberi perlindungan terhadap patogen tertentu. 

Karihome Goat Milk Step 3 (1 - 3 years old) menyokong sistem imun anak 

Anak Fiza yang kedua tidak cerewet makan tetapi dia memang sukar untuk makan ubat jika mendapat batuk, demam dan selsema. Vitamin pun dianggapnya ubat. Sebagai ibu bekerja dan anak diletakkan di pusat jagaan, demam dan selsema itu perkara biasa. Cuma amat kesian untuk Huwainaa menghadapinya. Boleh dikatakan setiap 2 minggu mesti Huwainaa akan demam. Selsema juga kerap apatah lagi batuk berkahak. 

Fiza memang risau setiap kali Huwainaa demam kerana badannya akan betul-betul lemah dan kahak juga banyak sehinggakan nafas Huwainaa pun berbunyi. Oleh kerana dia susah untuk makan ubat, kami terpaksa ikhtiar cara traditional supaya demam, batuk dan selsemanya cepat sembuh. 

Untuk itu sebagai langkah pencegahan awal dan tidak mahu Huwainaa kerap demam kerana dikuatiri Huwainaa mempunyai sistem imun yang rendah dan senang berjangkit selsema serta batuk di pusat jagaan, Fiza mengambil langkah untuk memberikan susu yang dapat memberi manfaat kebaikan kepada Huwainaa. 


Kawan mengesyorkan supaya anak diberi Susu jenama Karihome. Antara kelebihan yang ada pada susu Karihome adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan tumbesaran Huwainaa. 


Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan kalsium mengikut peringkat umur anak-anak iaitu: 

1. Karihome 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun 
2. Karihome 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia lebih 3 tahun 

Untuk Huwainaa yang berumur 19 bulan, Fiza berikan Karihome Goat Milk Step 3, susu kambing ini sesuai untuk bayi yang berusia 1 hingga 3 tahun.


Antara kebaikan yang terdapat dalam Karihome Goat Milk Step 3: 


1. Mudah Dihadam 
Susu kambing membentuk dadih susu yang lebih lembut dan mudah dicerna berbanding dengan susu lain. 

2. Pengeluaran Eksklusif yang dapat mengekalkan lebih banyak nutrien 
Susu kambing memerlukan pemprosesan dan pemanasan yang minimum untuk mengekalkan lebih banyak nutrien. 

3. Nutrisi Semula Jadi 
Mempunyai kandungan nutrisi semulajadi yang tinggi. Nutrisi semulajadi adalah lebih mudah dihadam oleh usus. 

4. Mengurangkan beban alahan 
Susu kambing mengandungi unsur alahan yang rendah. Oleh itu, susu kambing dapat mengurangkan risiko alergi seperti ekzema.

Nutrisi yang terkandung dalam Karihome Goat Milk Step 3(1 - 3 years old) 

  • Kalsium - membina tulang dan gigi yang kuat 
  • Kasein Fosfopeptida - meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. 
  • Taurina - menyokong perkembangan otak dan fizikal 
  • Prebiotik, Probiotik - mengekalkan sistem penghadaman dan kesihatan usus yang baik 
  • Vitamin A - Menyokong perkembangan mata dan sistem imun yang baik 
  • Vitamin B6 - Membantu mengekalkan metabolisme dan penghantaran neuron yang optimum. 
  • Potassium- mengekalkan sistem pengaliran darah yang optimum. 
  • Protein susu kambing - lebih lembut untuk memudahkan pencernaan dan pembinaan sel tisu. 
  • Kolina - Terlibat dalam metabolisme regulasi dan DNA sintesis. 

Testimoni selepas 1 bulan Huwainaa minum susu kambing Karihome 


Huwainaa sangat menyukai rasa susu kambing Karihome sebab sebelum ini pun pernah berikan satu jenama susu kambing tetapi badan naik ruam kerana panas. 

Tiada ruam naik di badan, susu juga tidak panas kerana kebanyakkan susu kambing membuatkan badan menjadi panas apabila diminum. 

Huwainaa juga mudah untuk membuang air besar. 

Anak kini jarang mendapat demam selsema dan jarang sakit. 

Anak juga kadang kala menolak susu formula yang diberikan tetapi susu Karihome dia memang tidak akan tolak. 

Susu kambing Karihome pilihan terbaik buat anak-anak



 

Sebagai ibu memang Fiza mengesyorkan sangat ibu-ibu di luar sana untuk memberikan anak-anak mereka susu kambing Karihome. Ia bukan sahaja selamat tetapi memberi nutrisi dan keperluan yang mencukup untuk anak-anak.

Untuk maklumat lanjut & pembelian ibu-ibu boleh layari info di bawah :





Post a comment

1 Comments

  1. setiap ibu pasti akan dapatkan yang terbaik untuk tumbesaran anak2 kan Fiza :)

    ReplyDelete