Find us on Facebook

Destinasi dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Negeri Terengganu

Assalamualaikum. Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Walaupun lagi sebulan, perancangan awal perlu dilakukan untuk menentukan bajet, berapa hari hendak cuti, ke mana destinasi hendak dituju dan paling penting tempat penginapan yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Bagi Fiza, kalau berpeluang untuk cuti lama, semestinya Fiza akan memilih untuk bercuti dalam negara sendiri kerana negara kita juga banyak destinasi menarik. Makan sedap, senang untuk berkomunikasi dan yang penting kos untuk berjalan bersama keluarga juga tidaklah besar mana.


Destinasi dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Negeri Terengganu | Negeri yang kaya dengan destinasi perlancongan, tempat yang menarik, pulau-pulau indah, penuh dengan budaya, pantai yang cantik, mana lagi kalau bukan Negeri Terengganu. 

Ada yang tanya best sangat ke pergi ke Terengganu walaupun dah banyak kali pergi. Jawapan Fiza mestilah best. Walaupun Fiza tiada kampung di situ tapi ia juga merupakan laluan sekiranya hendak pulang ke Kelantan.

Apa yang menariknya di Terengganu. Pertama sekali adalah pulaunya. Meh Fiza kongsikan 5 pulau yang wajib dikunjungi sekiranya ke Negeri Terengganu.

Pulau-pulau indah di Terengganu


1. Pulau Perhentian

Kredit : Google Image

Terdiri daripada 2 buah pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Keindahan kehidupan marinnya sangat terpelihara dan menjadi destinasi utama buat para pelancong melakukan aktiviti snorkeling dan scuba diving.  Bot boleh diambil di Jeti Kuala Besut .

2. Pulau Redang

Kredit : Google Image

Pulau yang sememangnya syurga buat kaki snorkeling dan scuba diving. Air lautnya juga sangat jernih dan merupakan antara destinasi menyelam yang terbaik di Semenanjung Malaysia. Untuk ke sini, pelancong perlu mengambil bot di Jeti Kuala Terengganu iaitu di Jeti Shah Bandar yang berhampiran dengan Pasar Payang.

3. Pulau Kapas

Kredit : Google Image

Pulau Kapas tidak sesesak Pulau Perhentian dan Pulau Redang tetapi pulaunya tetap cantik dan dipenuhi dengan terumbu karang dan ikan yang cantik-cantik. Berdekatan dengan Kuala Terengganu dan kebiasaanya pengunjung dan pelancong ke sini untuk santai-santai dan berjemur di pantai. Aktiviti snorkeling dan scuba diving juga disediakan. Perairan Pulau Kapas menjadi lokasi buat bot-bot nelayan untuk mencandat sotong. Kalau nak ke sini, bolehlah menaiki bot dari Jeti di Marang. 

4. Pulau Lang Tengah

Kredit : Google Image

Pulau kecil yang terletak antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Keindahan lautan di Pulau Lang Tengah juga setanding pulau Perhentian. Cuma untuk ke sini, perjalanan botnya tidak kerap hanya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan tengah hari. Kalau bernasib baik, pengunjung boleh melawat tapak sarang penyu hijau yang bertelur iaitu sepanjang bulan Mei sehingga Setember setiap tahun. Jika hendak ke Pulau Lang Tengah, pengunjung boleh mendapatkan bot di Jeti Merang (bukan Marang yer) yang terletak di dalam Daerah Besut.

5. Pulau Tenggol

Kredit : Google Image

Pulau Tenggol sering menjadi destinasi penyelam dan dianggap setara dengan lokasi menyelam bertaraf dunia yang lain. Walaupun pulaunya hanya sepanjang 3 km, bagi pengunjung yang sukakan aktiviti lasak, cabaran jungle tracking dan mendaki bukit menanti mereka di sini. Bukit setinggi 800m menjadi tempat yang sangat cantik untuk bergambar dan keindahan pulau dapat dilihat dari puncak bukit Pulau Tenggol. Pengunjung yang ingin ke sini boleh mendapatkan bot dari Jeti Kuala Dungun.

Dah dapat bukan senarai pulau yang wajib pergi. Fiza hendak cerita bab pantai pula. Kalau korang nak tahu, Negeri Terengganu memang terkenal dengan pantainya yang bersih dan terpelihara. Mari Fiza nak senaraikan beberapa pantai yang menarik untuk dikunjung sekiranya korang berada di Negeri Terenggganu.

Pertama sekali sekiranya korang berada di Negeri Terengganu, pastikan korang berada di Jalan Laluan Pantai. Barulah senang korang nak singgah mana-mana pantai yang ada di sepanjang jalan. Risau tentang tempat untuk menginap sekiranya ingin berkunjung ke pulau-pulau yang Fiza kongsikan. Dapatkan maklumat lanjut di sini. 

Pantai-pantai cantik di Terengganu


1. Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu



Pantai Batu Buruk menawarkan pemandangan jauh ke kaki langit dan pada hari yang baik, pengunjung dapat melihat Pulau Redang dan Pulau Kapas, selain perahu nelayan. Terdapat juga pasar malam pada setiap hari Jumaat antara pukul 3.00 petang sehingga 7.00 malam.

Terdapat juga Pusat Budaya yang membuat pertunjukkan kebudayaan seperti pencak silat, gasing, layang-layang, sepak raga dan permaina tradisi yang laian dari pukul 5.00 petang sehingga 7.00 malam setiap Jumaat dari 1 April sehingga 31 Oktober. Sila rujuk pejabat pelancong bagi pengesahan persembahan.


Ada lagi 9 senarai pantai yang boleh korang kunjungi antaranya :

2. Pantai Penarik, Setiu 



3. Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Kredit : Google Image

4. Pantai Chendering, Kuala Terengganu

Kredit : Google Image

5. Pantai Peranginan Kelulut, Marang 


6. Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus

Kredit : Google Image
7. Pantai Merang, Setiu

Kredit : Google Image

8. Pantai Rhu Sepuloh, Setiu


9. Pantai Rantau Abang, Dungun



10. Pantai Bukit Keluang, Besut

Kredit : Google Image

Sebenar banyak lagi senarai pantai yang ada di Negeri Terengganu. Kalau nak terjah semua pantai, senang cerita kita pindah Terengganu ataupun memang perlu ke sana banyak kali.

Bagi yang kurang berminat dengan pulau dan pantai, ada yang datang untuk mencari tempat-tempat bersejarah, hendak melihat senibina di Terengganu, mencari makanan sedap dan juga melawat tempat-tempat untuk membeli belah. Korang jangan risau. Semuanya ada di Terengganu. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Destinasi pelancongan dan membeli belah yang wajib dikunjungi di Terengganu


1. Masjid Kristal 


Memang terkenal di Malaysia dan pembinaannya dianggarkan menelan kos sebanyak 23 juta ringgit. Masjid yang sangat cantik ini dibina dan terletak di tepi sungai Kuala Terengganu. Untuk melihat keindahan Masjid ini, korang boleh pergi dan masuk ke dalam masjid,  menaiki river cruise atau melalui Jambatan Sultan Mahmud. 

2. Taman Tamadun Islam


Pelancong boleh melihat keunikan  monumen bangunan terkenal di dunia seperti Masjid Nabawi, Masjidil Haram, Taj Mahal, Masjid Negara dan kesemuanya ada 22 replika monumen untuk dilawati. 

3. River Cruise TTI



Pelancong boleh melayari sepanjang Sungai Kuala Terengganu dengan menaiki cruise yang disediakan yang terletak di jeti Taman Tamadun Islam. Harga tiket RM 22.60 untuk dewasa dan RM 16.90 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Pelancong dapat melihat keunikan Masjid Kristal, perkampungan nelayan sambil makan angin dengan menaiki bot.

4. Muzium Negeri Terengganu


Reka bentuk muzium diambil dari senibina rumah traditional Terengganu yang dikenali dengan Rumah Tele (16 tiang). Di sini pengunjung akan mendapat pelbagai informasi, dan melihat artifak berharga yang menceritakan tentang budaya dan sejarah Negeri Terengganu. Harga tiket RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Kawasan di sekeliling muzium juga sangat cantik dan menarik, memang sesuai untuk bergambar di sini.

5. Pasar Payang


Merupakan pasar basah dan kering di mana pengunjung dan pelancong boleh membeli produk penduduk seperti keropo lekor, keropok keping, ikan masin, dan pelbagai hasil laut. Selain itu, terdapat juga peniaga yang menjual kain batik, sutera dan juga songket. Pasti korang akan rambang mata bila melihat pelbagai jenis corak dan design batik sehinggakan merasa rugi kalau tidak membelinya.

6. Bazar Warisan


Terletak bersebelahan dengan Pasar Payang yang juga di Kuala Terengganu. Ia menempatkan lot-lot kedai yang menjual pelbagai produk kraf sepeti batik, sutera dan cenderahati.

Kalau cerita bab Negeri Terengganu memang 7 hari 7 malam pun tak habis tau. Belum lagi masuk bab jalan-jalan cari makan. Adui.. nie part yang paling Fiza suka kalau jalan-jalan di Terengganu. Mewah dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap dan hasil laut yang segar. Dapatkan maklumat lanjut tentang penginapan di sini.

Makanan wajib makan jika ke Negeri Terengganu


1. Keropok Lekor (Goreng / rebus)



Keropok Losong Kak Yah, Warisan Losong 14, Keropok Losong Adik Beradik, Keropok Lekor BTB 2209 dan macam-macam lagi nama kedai yang kebanyakkannya terletak di Kuala Terengganu yang mana korang boleh makan dan lepak di situ. Makan sampai tak ingat dunia sebab memang sedap dan terasa keropok ikannya.

Keropok lekor yang di jual di Terengganu memang sangat enak dan penuh dengan rasa ikan asli tidak seperti keropok lekor yang dijual di sesetengah kedai yang melebihkan penggunaan tepung.

2. Nasi Dagang

Kredit : Google Image

Menu yang sangat popular di Negeri Terengganu iaitu Nasi Dagang. Restoran terkenal seperti Nasi Dagang Atas Tol, Nasi Dagang Kak Pah Batu Burok, Nasi Dagang Kak Jah dan banyak lagi nama restoran Nasi Dagang yang sedap-sedap dan yang mana nasi dagang adalah campuran beras dan beras pulut dimasak bersama santan serta dimakan dengan gulai ikan tongkol

3. Sotong / Udang / Ikan Celup Tepung



Yang ini memang kegemaran Fiza sangat-sangat. Ada kedai-kedai makan yang menyediakan sotong dan udang celup tepung dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Antaranya adalah Warung Pak Nong, Warung Adik Beradik, Haji Pok Long ICT dan boleh dikatakan jika hendak mencari makanan celup tepung, korang lalu sahaja sepanjang pantai. Mesti akan jumpa warung-warung yang menjual makanan celup tepung.

4. Ketupat Sotong


Yang ini memang kegemaran suami sangat-sangat. Kalau ke Terengganu memang akan cari ketupat sotong. Macam mana rupa ketupat sotong tu. Sotong yang diisi dengan pulut didalamnya dan dibanjirkan dengan kuah berlemak. Fiza tidak pernah makan tapi suami bagitahu memang sedap.

5. Sata / Pulut Panggang


Kalau makan sata jangan tergigit cili. Yang itu selalu Fiza kena tapi rasanya memang sedap. Sata diperbuat daripada ikan segar yang dikisar dengan cili dan kelapa. Sebab itu ia sedikit pedas. Dibungkus dengan dengan daun pisang dan dibakar. Rasanya memang tiada di tempat lain melainkan Terengganu.

6. Pulut Durian / pengat durian 


Pulut dan durian atau dipanggil pengat durian. Rasanya manis dan ini juga adalah kegemaran suami Fiza. Kalau makan pengat durian nie, mak mertua lalu pun tak sedar tau.

7. Tapai pulut


Tapai dibuat secara tradisional dengan beras putih atau pulut, tetapi juga boleh dibuat dari pelbagai sumber karbohidrat, termasuk ubi kayu dan kentang. Fiza paling menggemari tapai pulut.

8. Laksam 


Laksam merupakan sejenis masakan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Rasanya memang sedap dan sukar untuk digambarkan. Kalau nak tahu kena makan sendiri.

Cukuplah itu sahaja menu makanan yang Fiza senaraikan. Kalau ikutkan memang banyak lagi.

Bagi yang pertama kali hendak jejakkan kaki ke Terengganu atau pun dah pergi tapi nak cuba lagi, bolehlah rujuk penulisan Fiza ini. Untuk dapatkan maklumat lanjut dan info mengenai penginapan, korang boleh pergi ke laman Agoda untuk tempahan hotel dan resort.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. waaa cantiknya pulau perhentian tu. Makanan kat macam sedap2 je.. moga ada rezeki sampai terengganu

    ReplyDelete
  2. wahhh menariknya! dah lama sangat tak jalan2 teganu ni

    ReplyDelete