Find us on Facebook

Baiwago Plus Cafe Puchong anjurkan majlis sempena MOTHERS DAY

Assalamualaikum. Sempena Hari Ibu, Baiwago Plus Cafe Malaysia telah menjemput para-para ibu untuk meraikan sambutan tersebut bersama-sama mereka sambil memperkenalkan beberapa jenis kek dan menu kek yang diilhamkan oleh Chef Taiwan (Taiwanese Chef Inspired cake design).



Baiwago Plus Cafe Malaysia anjurkan majlis sambutan Hari Ibu | Fiza juga teruja kerana dipanggil untuk meraikan sambutan ini bersama para ibu dan juga blogger-blogger hebat bagi sama-sama menjayakan majlis ini.



 

Majlis ini berlangsung di Baiwago Plus Cafe yang terletak di Puchong pada 28 April 2019 yang lalu. Pihak Baiwago namakan majlis ini dengan #Mothersdaycelebration #Bloggersparty dan #FriendsofBaiwago.




  








Sepanjang majlis berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh pihak cafe Baiwago seperti sesi kenal suai, taklimat mengenai Baiwago Cafe Plus dan juga makan kek. Selain itu terdapat juga ruangan mini playground untuk kanak-kanak bermain. Majlis berlangsung dengan agak santai dan sangat menarik.




Selain itu terdapat aktiviti muzik chair yang mana disediakan untuk kami semua bermain. Bayangkan dah lama tak main muzik chair. Seingat Fiza zaman sekolah dulu adalah. Awal-awal Fiza dah tersingkir.  




Pergi event tidak sah kalau tidak mencari kawan dan kenal kawan baru. Fiza sempat berkenalan dengan blogger Mummy Nadia. Baru kenal tapi sangat ramah dan Fiza selesa berkenalan dengan dia. 





Sebelum pulang, terdapat sesi bergambar untuk semua yang hadir. Kami juga diberikan sebuah kek dan cenderahati untuk dibawa pulang. Memang meriah dan sangat seronok. Terima kasih Baiwago Plus Cafe kerana menganjurkan majlis yang sangat santai serta memberikan layanan yang terbaik buat kami semua.








Info lebih lanjut korang boleh layari laman sosial dan instagram Baiwago Plus Cafe Malaysia. Maklumat adalah seperti di bawah:

Facebook: Baiwago Plus Cafe Malaysia 
Instagram : baiwagopluscafe_my 
No. Tel : 03-79714471

Post a Comment

3 Comments

  1. seronok gilaaaaaa. i mean look at all the foods and interior of the place. i love it

    ReplyDelete
  2. Dekat area mana Puchong tu wak? Kita tak pernah sampai lagi ni, dulu stay Puchong jugak..

    ReplyDelete