Perkhidmatan Spa dan merawat kulit wajah di The Beauty Expert Academy Cheras

Assalamualaikum. Beberapa minggu lepas Fiza telah mendapatkan 'me time' di salah sebuah pusat perkhidmatan spa dan rawatan muka yang terletak di Cheras. Ini adalah pengalaman pertama kali Fiza menjejakkan kaki ke spa tau.

Sebelum ini kalau nak pergi memang berkira-kira sebabkan masa dan tak tahu spa mana hendak dituju. Pengalaman pertama kali ini membuatkan Fiza sangat teruja dan alhamdulillah memang sangat berpuas hati.


Perkhidmatan SPA dan merawat kulit wajah di The Beauty Expert Academy Cheras | Terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dengan menawarkan pakej perkhidmatan spa dan rawatan muka dengan harga yang berpatutan menjadi pilihan Fiza untuk berkunjung di sini. 


Memandangkan beberapa hari lagi hendak puasa dan kemudiannya nak raya, Fiza memilih untuk mendapatkan rawatan kecantikan kulit wajah. Kononnya wajah raya la pulak kan. Sebab baju raya memang selalu kita dengar. Kali ini Fiza tampil dengan muka raya pula. Okay panjang dah bebel.

Cerita pasal servis yang Fiza dapatkan disini. Korang pernah dengar rawatan muka sulam bedak tak? Inilah yang Fiza nak cerita bagi korang tahu dan mesti korang pun hendak datang dan dapatkan rawatan wajah di sini. 

Mula-mula jejak kaki ke sini, pengunjung dah dialunkan dengan muzik ala-ala bali. Memang tenang dan damai rasanya. Sementara menunggu terapis membuat persiapan, sempat juga pusing-pusing dalam ini sambil ambil-ambil gambar.






Apa itu Sulam Bedak?

Sulam Bedak adalah rawatan yang kini menjadi trending di Korea dan kini boleh didapati di The Beauty Expert Academy. "RAHSIA KULIT GLOWING TANPA FOUNDATION" adalah trademark untuk rawatan sulam bedak nie. 

Hasil yang Fiza dapat dengan rawatan ini memang tidak dijangka. Kulit wajah cerah serta merta selepas menjalani sesi sulam bedak selama 1 jam. Wow memang macam tak percaya kan. Tapi memang benar-benar terjadi.

Fiza hendak ceritakan pula kelebihan sulam bedak. Selain memutihkan wajah, ada beberapa kebaikan lain yang terkandung apabila mendapatkan rawatan ini. Antaranya ialah :


🌼Meneutralkan radikal bebas
🌼Memudarkan pigmentasi kulit, bintik hitam, bekas parut jerawat dsb.
🌼Mengurangkan kandungan melanin dalam kulit sebelum atau selepas pancaran UV
🌼Mengembalikan warna kulit
🌼Mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata
🌼Tidak menutup pori-pori kulit seperti memakai foundation atau BB Cream.
🌼Rawatan ini tidak sakit, tiada kesan kemerahan, tiada 'downtime', dan hasilnya boleh terus kelihatan sejurus selepas rawatan


Seronok sangat bila ahli terapi merawat dan belai-belai muka. Dengan alunan muzik shahdu ala-ala di Bali, tipulah kalau kata tak best kan. Boleh tertidur dibuatnya. Mujur 1 jam sahaja, kalau tidak dah berdengkur Fiza.



Bagaimana proses sulam bedak? 

Fiza akan ceritakan dari A sampai Z yer. Mula-mula mereka akan cuci dulu muka kita supaya supaya bersih. Hilangkan semua solekan yang ada pada muka. Kemudian diikuti dengan cleansing milk.

Selepas selesai, barulah proses sulam bedah. Muka diurut-urut perlahan-lahan dan waktu ini terasa geli pada muka bukan sebab apa, sebab urutan dengan alat yang mereka gunakan buat Fiza geli tapi best sebenarnya.

Kemudian mereka akan rehatkan muka kita dalam 10 minit sebelum disapu dengan pearl mask cream. Diletakkan sekali eye mask dan lip mask. Sambil rehat mereka letakkan hot stone di leher. Memang selesa betul.



Bagaimanana kesan sulam bedak?

Kesan sulam bedak memang terbaik sangat. Selepas selesai rawatan, muka Fiza memang terasa ringan dan lembut sangat. Hilang rasa-rasa kesat yang selama ini ada atas muka sebab terlalu lembut dan licin. Blackhead atas hidung pun hilang semuanya. Bersyukur betul dapat buat rawatan sulam bedak.

Paling best tak perlu buat sebarang solekan selepas sulam bedak. Seronok betul bila sapu lipstik je atas bibir. 

Testimoni dari Fiza sendiri, sebelum dan selepas


Korang boleh lihat sendiri hasilnya pada kulit wajah Fiza. Gambar di atas itu adalah gambar tanpa sebarang alat solekan tau. Seronok betul bila keluar tidak perlu tepek bedak atau foundation. Fiza nak bagitahu 3 sebab korang perlu ke The Beauty Expert Academy dan dapat rawatan sulam bedak. 

❤ Produk yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan mesra wuduk
❤ Result serta merta kerana proses sulam bedak menggunakan Micro Needle Therapy dan menggunakan serum khas 100% organic skin colour ampoules (ORIGINAL) kesannya akan dapat di lihat selepas rawatan.
❤ Harga sangat berpatutan. Kos yang Fiza ambil ini tidak sampai RM 100 tetapi kesannya sangat mengagumkan.







Selain itu, The Beauty Expert Academy turut menawarkan pelbagai perkhidmatan buat pelanggannya. Antaranya adalah :

All facial treatment
  • Facial treatment
  • Derma pen Micro needle
  • Lifting Detox
  • Whitening Arbutin
  • LED light mas treatment
  • Oxygen double treatment
  • Eye treatment
  • Resdung sinus
  • Facial jerawat
  • Bekam kosmetik

Spa theraphy
  • Body bleaching
  • Body scrub
  • Body mask
  • Tanggas Thai, sauna
  • Mandi bunga, susu, limau
  • Manicure, Pedicure

Lain-lain servis
  • Eye brow trim
  • Eyelashes perming
  • Waxing
  • Make up
  • Foot Spa, hand treatment
  • Bekam badan darah

Extra servis
  • Urutan pulih dara
  • Urutan payudara
  • Urutan lepas bersalin
  • Urutan seri wajah
  • Urutan terapi rahin
  • Body massage relaxing


Foot Spa
Spa room


Jom dapatkan rawatan di sini. Servis terbaik, layanan dari terapis yang juga sangat lemah lembut. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan, servis dan ingin membuat tempahan awal. Korang boleh pergi ke pautan dan laman sosial yang disertakan di bawah ini.



The Beauty Expert Academy Spa beralamat di : 



No14B, Jalan Suadamai 1/2,

Bandar Tun Hussein Onn,

43200 Cheras, Selangor. 
No. Tel : 03-9546 7094

Waktu rawatan : 

Isnin-Jumaat : 10.30 am- 7.30 pm 
Sabtu & Ahad : 10am-6pm

Untuk tempahan awal atau pertanyaan whatsapp sahaja ke : 
Untuk tempahan : 0132576447



Bersama terapis Mimi






Kalau datang spa Kak Mas,confirm nak repeat lagi taw! 🤪 . Kenapa? . Sebab layanan SPA KAK MAS 5 🌟 ye syg2! . 5 SEBAB KORANG WAJIB DATANG SPA KAK MAS 👇🏻😆😆: . 🧖🏻‍♀️Layanan STAFF yang ramah sampai tak nak balik 😆 🧖🏻‍♀️Servis rawatan lengkap dari Kaki Sampai kepala disediakan dekat sini. 🧖🏻‍♀️Suasana yang sangat privasi dan tenang sampai TERTIDUR time Kak Mas buat treatment 😂 🧖🏻‍♀️Hasil rawatan yang confirm buat korang nak repeat KALI KEDUA!! 😆Tak caye kena cuba dulu taw hehe. 🧖🏻‍♀️Yang akhir sekali sebab banyakkkkk DISKAUN MENARIK Kak Mas selalu buat untuk korang.Pendek kata pandai bodek,Kak Mas bagi diskaun lebih 🤪 . . Haaaa tunggu nape lagi tu?Cepat booking mehhh dengan spa Kak Mas😆😆 . Pertanyaan/Booking spa: 0️⃣1️⃣3️⃣2️⃣5️⃣7️⃣6️⃣4️⃣4️⃣7️⃣ atau KLIK wasap link dekat profile di atas 😁😁 . . #beautyspa #facialtreatment #beautyexpert #bodymassage #spamurah #spamuslimah #spamuslimahkl #spacheras #sulambedak #bbglow #pakejpantang #pakejspapengantin #pakejpengantin #aesthetic #pakejjimat
A post shared by Beauty Expert Spa #1 Di Cheras (@thebeautyexpertcheras) on

Post a comment

1 Comments

  1. Dah lama tak pergi facial ni..alahai..bila entah nak dapat free time. Asyik kelek anak je..

    ReplyDelete