Pusat Borong Permainan Kanak-kanak Chow Kit murahnya permainan kanak-kanak di sini

Assalamualaikum semua pembaca. Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Tiga minggu lepas kami sekeluarga ke pusat memborong permainan kanak-kanak yang terletak di Jalan Raja Laut, Chow Kit, Kuala Lumpur.

Pelbagai jenis permainan kanak-kanak di sekitar Jalan Raja Laut nie. Yang korang perlu buat hanya pilih kedai je sebab sepanjang jalan hanya permainan kanak-kanak. Cerita bagaimana kami ke sini apabila si Huwainaa sudah pandai berebut kereta elektrik Abang Thaqif. Kami pun bercadang untuk dapatkan satu lagi permainan kenderaan elektrik untuk si Thaqif.

Salah satu kedai pemborong permainan kanak-kanak

Pertama kali ke sini. Pada mulanya rambang mata nak pilih kedai sebab semuanya kedai permainan. Bila masuk dalam salah satu kedai pula, rambang mata bila melihat pelbagai jenis kenderaan elektrik untuk kanak-kanak. 

Mula-mula pergi ke bahagian kereta. Seperti pergi Show Room kenderaan mewah. Harga pun boleh tahan mahalnya. Design kereta memang sangat menarik dah nampak macam kereta betul.

Show Room kereta mewah

Electric Car dengan Remote Control

Hello kitty Kids Push Car 

Selepas round-round, kami hendak membeli motosikal elektrik untuk Thaqif. Cari punya cari kami tertarik pada Scrambler bike. Oleh kerana Thaqif pun tinggi, sesuai sangat motosikal scrambler dengan dia. 

Show Room motosikal elektrik

Scooter yang menarik perhatian Fiza

Huwainaa pun nak jugak mama

Abg Thaqif buat percubaan menunggang motosikal

Selepas pandu uji, kami pun beli untuk Thaqif sebuah motosikal elektrik dan Huwainaa pun ada juga permainan untuk dia. Harap lepas ini korang dua beradik tak berebut permainan. Motosikal mana menjadi pilihan kami, nantikan entry seterusnya.

Wassalam.

Post a comment

5 Comments

  1. wah..bestnya masing2 ada hadiah tersendiri..:)

    ReplyDelete
  2. Wah bleh bawak ni suami beli kat sini.. Kalu blek kg selangor nanti singgah jap 😆 tq akak info

    ReplyDelete
  3. Samalah dengan anak buah LZ Fiza, suka berebut permainan..
    Jadi terpaksalah beli 2 setiap kali beli..

    ReplyDelete
  4. bla lalu kat situ suka tgk kedai2 permainan yg ada. meriah! esp hjg mggu...

    ReplyDelete
  5. Pergh!! Kalau bawa anak-anak sha nie memang rambang mata diorang.. kikikiki..

    ReplyDelete