Find us on Facebook

Belon Foil HAPPY BIRTHDAY

Assalamualaikum. Tujuan Fiza share mengenai belon foil nie bukan apa, boleh dikatakan trend sekarang kalau sambut birthday mesti ada belon foil. Ini adalah kali pertama Fiza beli dan nak hias belon foil ini. Belon foil boleh dibeli di kedai, pasaraya atau secara online.

Pada mulanya Fiza ingatkan belon foil ini perlu ditiup dengan gas helium. Jawapannya tidak, kerana ia boleh ditiup dengan mulut sahaja.

Deko untuk majlis hari jadi

Happy Birthday belon foil

Dalam paket huruf tersebut terkandung huruf, reben dan juga straw peniup

Hanya 3 kali tiup

Semput jugak tiup sorang

Tada.. siap gantung

Selain foil huruf, ada pelbagai lagi belon foil seperti nombor, bunga dan pelbagai bentuk yang menarik. Yang menariknya belon ini tidak seperti belon biasa, biar seminggu dua pun masih elok berisi angin malah kita yang perlu keluarkan semula angin dalam belon tersebut.

Belon tersebut boleh disimpan semula. Kalau nak sambut hari jadi lagi boleh guna lagi dan tak membazir.

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. meriah majlis bila ada ni :)

    ReplyDelete
  2. Oh..baru tau nama dia belon foil, tak pernah beli lagi..maybe boleh guna untuk next birthday anak..

    ReplyDelete
  3. menda ni kalau time kita dok cari dia, bukan nak jumpa sangat. haha

    ReplyDelete
  4. anak2 masa nak sambut birthday baru2 ni suruh abam kie gi beli belon ni mengikut ejaan nama mereka n perkataan 'happy birthday'. mmg angin dlm belon ni susah nak kempis. x spt belon biasa.jom bertukar2 link? tq

    ReplyDelete
  5. sy mencari belon dlm belon siap ada tulis nama tu... (tertgk kt IG lara alana) ;-)

    ReplyDelete